Dari jauh, kelihatan 13 bot pelampung angin meredah jeram yang deras, sempit dan berliku di Ulu Slim, Perak.
Mereka yang memulakan aktiviti sejak jam 10 pagi sudah meredah lebih 20 jeram tahap tiga di sepanjang tujuh kilometer sungai yang begitu menguji keberanian dan adrenalin setiap peserta.
Siapa sangka, peserta terbabit orang kurang upaya (OKU) penglihatan daripada seluruh Malaysia yang menyertai program Eksplorasi OKU Penglihatan Malaysia Berakit Meredah Jeram di Ulu Slim, baru-baru ini.
Biarpun tidak dapat melihat, tapi mereka menggunakan pancaindera lain untuk menikmati pengalaman melakukan aktiviti ekstrem, sekali gus dapat membuktikan OKU penglihatan juga mampu seperti insan normal yang lain.
Program anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Datuk George Thomas dan dibantu 13 ahli jawatankuasa kerja (AJK) serta sukarelawan.
Pengarah Xventure Mind Outdoor, Mohd Nassir Abd Rashid berkata, terdahulu sebaik tiba, peserta dibawa ke lokasi menggunakan lori dan dua kenderaan pacuan empat roda.
Katanya, selepas diberikan taklimat keselamatan dan memakai peralatan keselamatan, ekspedisi dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed.
"Sebelum itu, peserta perlu redah anak sungai yang licin dan berbatu untuk ke lokasi permulaan. Dengan dibantu AJK, peserta dapat tempuhi cabaran pertama dengan selamat.
"Saya perasan, biarpun tidak dapat melihat, mereka cekap berjalan dalam keadaan permukaan laluan tidak rata dan licin," katanya.
Menurutnya, selepas itu, peserta dibantu untuk masuk ke dalam bot pelampung yang disediakan.
"Seramai empat hingga lima peserta bersama seorang AJK ditempatkan di dalam satu bot bersama dua jurupandu di hadapan dan belakang.
"Untuk keselamatan, kita tidak benarkan peserta guna dayung untuk mengelak insiden terjatuh ke dalam sungai dan menyebabkan kecederaan kepada peserta lain," katanya.
Mohd Nassir berkata, sepanjang aktiviti, peserta menempuh lebih 20 jeram termasuk jeram hidraulik dan 'last rapid.'
"Komunikasi jurupandu dan peserta memainkan peranan penting untuk memastikan aktiviti ini dapat dilakukan dengan selamat. Arahan diberi perlu jelas untuk mengelak kejadian tidak diingini.
"Sebagai contoh, sebelum menempuh jeram yang mempunyai tahap kesukaran berbeza, jurupandu akan beri arahan tertentu kepada peserta. Pada masa sama, pasukan keselamatan turut bersedia di setiap jeram untuk melakukan tugas menyelamat jika bot terbalik," katanya.
Beliau berkata, sebelum tiba di lokasi terakhir, semua peserta diberi peluang keluar daripada bot dan dibiarkan hanyut dengan jaket keselamatan seperti kereta api sejauh 100 meter.
"Pada jam 1.30 tengah hari, semua peserta selamat tiba di destinasi terakhir dengan selamat. Saya bersyukur ekspedisi rakit meredah jeram lebih tiga jam bersama OKU penglihatan berjaya dilaksanakan dengan baik.
"Kerjasama semua peserta menjadi penyumbang terbesar terhadap kejayaan program ini.
"Saya dapat lihat kegembiraan dan keterujaan yang jelas terpancar setiap wajah peserta yang begitu seronok melakukan aktiviti lasak ini," katanya.
Nassir yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang sukan lasak berkata, ini kali pertama dia berpeluang mengurus OKU penglihatan melakukan aktiviti ini.
"Pada mulanya saya akui sedikit bimbang namun persepsi berubah selepas melihat mereka begitu bersemangat dan berani, biarpun majoriti peserta pertama kali melakukan aktiviti lasak ini.

"Saya banyak belajar perkara baharu daripada mereka dan bersyukur diberi peluang keemasan seperti ini," katanya.
Peserta, Muhammad Norazwan Mohd Salleh, 32, berkata, biarpun sudah tiga kali melakukan aktiviti lasak, pengalaman meredah jeram di Ulu Slim cukup mengujakannya.
"Biarpun tidak dapat melihat, saya masih dapat nikmati pengalaman meredah jeram dengan mendengar deruan air dan merasai percikan air yang masuk ke dalam bot setiap kali meredah jeram.
"Pada masa sama, aktiviti memberi peluang kepada kami menikmati keindahan alam semula jadi dan menenangkan fikiran," katanya.
Dalam pada itu, George berkata, kejayaan 40 peserta OKU berusia antara 18 hingga 74 tahun membuktikan keterbatasan penglihatan bukan penghalang untuk melakukan aktiviti lasak.
"Sebanyak 80 peratus daripada peserta baru pertama kali melakukan aktiviti ini dan mereka gembira serta seronok diberi peluang meredah jeram yang cukup mencabar di sini.
"Program seumpama ini dapat menunjukkan kepada orang ramai OKU penglihatan boleh terbabit dengan aktiviti lasak seperti ini. Pada masa sama, aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan dan memberi motivasi kepada OKU penglihatan lain.
"Saya harap dapat berikan kesedaran terutama kepada penjaga dan ibu bapa yang memiliki anak OKU penglihatan supaya membabitkan mereka dengan aktiviti seperti ini," katanya. - HARIAN METRO
|