CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1120|Reply: 1

Ramai tak sedar, wanita gemuk lebih sukar lahirkan anak secara normal, legasi berisiko ada masalah jantung dan hati — Pakar

[Copy link]
Post time 25-5-2025 09:36 PM | Show all posts |Read mode


OBESITI bukan sekadar isu penampilan atau berat badan semata-mata, sebaliknya ia memberi kesan ketara terhadap kesuburan wanita dan tahap keselamatan sepanjang kehamilan, termasuk risiko kepada bayi dalam kandungan.


Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Sunway Medical Center, Dr Vicky Ho, dalam wawancara bersama rancangan audio siar (podcast) di BFM Radio, Health & Living BFM 89.9, peningkatan kadar obesiti dalam kalangan wanita yang sedang mencuba untuk hamil wajar diberi perhatian serius.


"Dalam dunia moden, kita semakin kerap mendengar obesiti sebagai antara cabaran kesihatan utama. Malah, Malaysia kini tersenarai antara negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara," katanya.


Jelas Dr Vicky, tahap obesiti lazimnya diukur melalui Indeks Jisim Badan (BMI) dan bagi populasi Asia, BMI melebihi 27 sudah dikategorikan sebagai obes.


"Di klinik, kami dapati hampir 70 peratus wanita hamil mempunyai BMI melebihi 27 dan lebih 50 peratus berada dalam kategori obesiti Kelas 1.




"Obesiti terbahagi kepada tiga kelas iaitu Kelas 1 (BMI 30 hingga 34.9), Kelas 2 (35 hingga 39.9) dan Kelas 3 (40 ke atas). Semakin tinggi BMI, semakin besar risiko komplikasi semasa hamil," ujarnya.


Tambah beliau lagi, antara komplikasi utama yang berkait rapat dengan obesiti ketika kehamilan termasuklah diabetes gestasi, tekanan darah tinggi dan praeklampsia, yang mana keadaan serius yang boleh menjejaskan fungsi organ penting seperti buah pinggang dan hati.


"Wanita obesiti Kelas 3 menghadapi risiko komplikasi empat hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding wanita dengan berat badan sihat.


"Malah, mereka juga berisiko mengalami tromboembolisme vena iaitu pembentukan darah beku yang boleh mengancam nyawa," jelas Dr Vicky.



Dr Vicky


Beliau turut menegaskan, masih ramai wanita tidak menyedari risiko obesiti terhadap kehamilan kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran mengenai kesan buruk terhadap kesihatan ibu serta bayi.


Cabaran ketika bersalin


Selain itu, Dr. Vicky berkata, wanita obes juga berdepan pelbagai cabaran ketika proses bersalin.


"Ia termasuk kesukaran mengesan tekanan darah secara tepat, alat timbangan yang tidak sesuai untuk berat badan tinggi serta risiko seperti tumpah darah, kelahiran secara pembedahan (caesarean) dan kecederaan bayi akibat kelahiran tersangkut.


"Dalam sesetengah kes, kehadiran tisu lemak yang banyak di kawasan pelvis menyukarkan proses kelahiran secara normal.


"Bayi juga berisiko mengalami kekurangan oksigen atau kecederaan pada bahu semasa bersalin," katanya.


Dr Vicky turut memaklumkan, obesiti boleh memberi kesan kepada perkembangan janin.




Jelasnya, kajian menunjukkan wanita obes berisiko lebih tinggi melahirkan bayi dengan kecacatan struktur seperti masalah jantung dan hati.


"Wanita obes sering mengalami kekurangan nutrien penting seperti asid folik, yang boleh menjejaskan perkembangan organ bayi," katanya.


Pencegahan sebelum kehamilan


Sehubungan itu, beliau menasihatkan wanita yang merancang untuk hamil supaya mendapatkan nasihat dan pemeriksaan awal.


"Penurunan berat badan dan pengurusan kesihatan sebelum kehamilan boleh mengurangkan risiko komplikasi secara signifikan.


"Wanita obes masih boleh melalui kehamilan yang sihat, asalkan mereka mendapat pemantauan rapi oleh pakar dan mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya.


Menutup bicara, Dr Vicky menegaskan, mencegah lebih baik daripada merawat.


"Adalah amat penting untuk wanita di luar sana mempunyai kesedaran awal tentang obesiti dan kehamilan kerana ia boleh menyelamatkan nyawa serta bukan sahaja ibu, tetapi juga anak dalam kandungan," katanya. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2025 11:27 AM | Show all posts
100 persen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.389089 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list