CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 619|Reply: 0

Memalukan! Laluan pejalan kaki retak betul-betul depan hotel delegasi jejas imej KL sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Asean Ke-46

[Copy link]
Post time 25-5-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode


Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

BANDARAYA Kuala Lumpur kini menjadi perhatian rantau apabila menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada minggu ini.


Acara itu menyaksikan perhimpunan utama ketua-ketua negara ASEAN bagi meneliti kemajuan komuniti serantau merentasi tiga tunjang iaitu politik- keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.


Dimulakan dengan mesyuarat peringkat pegawai kanan, ia kemudiannya mesyuarat peringkat menteri pada Ahad.


Sementara itu, mesyuarat ketua-ketua kerajaan dimulai pada Isnin hingga Selasa ini.


Dilaporkan, seramai lebih 20,000 orang meliputi delegasi, pegawai kanan dan khususnya Pemimpin Utama Negara ASEAN, negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Republik Rakyat China dan beberapa buah negara berkepentingan akan berada di bandaraya Kuala Lumpur bersempena acara tersebut.


Penganjuran acara kali ini pastinya turut menjadi peluang buat Malaysia untuk menonjolkan imej kemajuan dikecapi oleh negara lebih-lebih lagi ia diadakan di tengah-tengah pusat ibu kota


Bagaimanapun, di sebalik kerancakan aktiviti dijalankan, timbul satu isu kurang enak mengenai keadaan infrastruktur lokasi berdekatan lokasi tumpuan.


Ia selepas tular satu foto dipercayai memaparkan keadaan jubin laluan pejalan kaki awam yang rosak.


Lebih mengejutkan, gambar bertarikh pada Sabtu itu dilapor memaparkan laluan pejalan kaki yang terletak betul-betul di hadapan sebuah hotel yang menempatkan delegasi wakil ASEAN.


"Serius la. Pejalan kaki pecah teruk depan hotel delegasi ASEAN. Nak bagi persepsi Malaysia tidak ada duit untuk baiki pejalan kaki," soal hantaran daripada akaun X, RakyatAduan yang turut memetik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Perkongsian terbabit turut menarik perhatian pengguna di media sosial yang turut mempersoalkan tahap penyelenggaran infrastruktur berkenaan.


Malah ada yang menyifatkan bahawa pihak berkuasa mungkin memberikan keutamaan yang salah dalam menyelenggara infrastruktur awam.


"Sebab mereka tak jalan kaki. Turap jalan raya saja," tulis joevo2.


"Yang saya perhatikan masa persidangan ini, mereka asyik turap jalan sahaja. Sebab pemikiran mereka delegasi ini tak jalan kaki," ujar njlxxxxx.


Pada masa sama, terdapat juga pengguna berkongsikan foto memaparkan kerosakan serupa kemudahana laluan pejalan di sekitar lokasi utama di tengah-tengah ibu kota.


Untuk rekod, sidang kemuncak kali ini adalah permulaan sebelum Malaysia menjadi hos kepada Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog pada Oktober depan.


Acara itu dijangka menyediakan pentas lebih besar kerana membabitkan negara-negara ASEAN dengan 10 negara rakan dialog seperti China, Korea Selatan, Jepun, Australia dan Amerika Syarikat. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.870431 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list