CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8595|Reply: 11

[Lain-Lain] FINAL DESTINATION : BLOODLINES (2025)

[Copy link]
Post time 5-2-2025 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by pisanggoreng at 8-2-2025 09:28 AM

Release Date:
May 16, 2025

Director:
Adam Stein, Zach Lipovsky

Cast:
Tony Todd

The newest chapter in New Line Cinema’s bloody successful franchise takes audiences back to the very beginning of Death’s twisted sense of justice—“Final Destination Bloodlines.”

Plagued by a violent recurring nightmare, college student Stefanie heads home to track down the one person who might be able to break the cycle and save her family from the grisly demise that inevitably awaits them all.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 02:28 PM | Show all posts
ohh ada lagi utk yg baru yaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2025 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pisanggoreng at 26-3-2025 03:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Film ni ada unsur lawak jua
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Film ini ttg minah selalu mendapat mimpi buruk ttg nenek dia bernama iris, iris yg zaman muda nya pergi naik menara tinggi sudah ada rasa tanda2 death datang mau ambil nyawa semua org di atas menara, joget2 di lantai kaca, lift lerlebih muatan, budak baling siling, lampu kaca, api marak, menara runtuh, tetapi sebenarnya iris selamatkan ramai org.
Minah itu balik kg jumpa makpak saudara ask ttg iris tapi semua buat bodo dan mngelak, mak saudara bgtau ttg letter dlm drawer, punya degil minah selongkar drawer jumpa address iris dan pergi ke sana
Rumah iris dlm hutan, berpagar, disambut dgn aneh, iris menjelaskan ttg ajal dan rumah itu selamat, ada buku reseach study ttg ajal dan bagitau minah kena baca buku itu, minah degil dia nak balik dan keluar rumah, sedangkan iris x boleh keluar rumah terpaksa keluar rumah bg buku itu dan kena kapak dan mati, iris bg warning sblm itu if dia mati family juga turut diburu ajal. minah lari balik spt menyesal pergi jumpa iris tetapi terlambat, minah study buku itu senarai nama dan keturunan org2 yg berada di atas menara
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 22-5-2025 11:38 AM

Keluarga pakcik minah buat parti, mak minah dtg, death juga dtg dan pakcik Howard mati, Erik kerja buat tattoo dan tindik, lubang hidung bertindik itu kena tarik chain kipas jatuh ada api, erik selamat. Minah stefani buat diskus2 selepas Howard mati anak2 dia Erik bobi julia akan mati, didapati erik itu anak skandal bukan biological anak kpd howard. Mereka jalan2 berhati2, minah stefani begitu aware ttg dahan pokok bolasepak dll boleh membunuh sebaliknya spt dipersendakan erik, siap jilat2 lori sampah dan tepuk2 tayar lori. Julia ketika itu keluar rumah mau jogging kot kepala terkena bolasepak dan jatuh masuk tong sampah lori dan auto masuk dlm mesin pengisar. Julia mati
Mereka diskas ttg jb kawan baik iris cari di hospital. Jb ckp ttg cheat death, cara utk melengahkan melambatkan death, dia byk tolong iris utk medication dan buat rumah iris, apabila keturunan iris habis maka giliran dia pulak last sbb he last survivor di SkyView, he bersedia retire sudah penat dan tidak kisah if death dtg. Bobi dan erik hilang, pergi buat ajaran sesat cubaan matikan degupan jantung suruh bobi makan kacang alahan, death x boleh dicabar, erik dan bobi mati ditarik magnet mesin mri
Minah stefani, charlie dan mak pergi ke rumah iris kununnya rumah itu selamat tetapi tidak, rumah terbakar mak mati, charlie selamatkan minah stefani dari lemas
Ada prom si charlie, minah stefani dtg, diorg fikir mereka telah selamat dari death sebaliknya dibagitahu ttg lemas tidak berhentikan degupan jantung, dan mereka berubah wajah mereka still diburu death, ada tanda2 spt wanita berbaju spt iris, terkena duri ros dll, duit syiling yg disimpan oleh iris itu yerjatuh dikutip org tua, syiling itu malapetaka yerjatuh menyekat keretapi landasan, keretapi landasan tergelincir dan mereka berdua terbunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2025 01:34 PM | Show all posts
ninja boy replied at 21-5-2025 11:11 PM
Film ini ttg minah selalu mendapat mimpi buruk ttg nenek dia bernama iris, iris yg zaman muda nya pe ...

ingatkan nama character tu minah bebetul
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 02:07 PM | Show all posts
cite macam ni aku tunggu masuk netflix je
not worth kalau tengok dekat wayang pun

aku duk tunggu keluang man ni ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 22-5-2025 12:25 AM
Keluarga pakcik minah buat parti, mak minah dtg, death juga dtg dan pakcik Howard mati, Erik kerja b ...

ada byk scene mati yg kurang suspen mcm dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 03:26 PM | Show all posts
Zezaman Devon Sawa muda dulu i x minat pulak kat dia. Tp lepas tgk movie ni i was like hhmmm





Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 06:00 PM | Show all posts

Ulasan Final Destination Bloodlines: Selagi orang takut mati



SATU perkara yang membuatkan saya berfikir agak lama adalah bagaimana francais ‘Final Destination’ boleh bertahan lama sehingga memasuki filem keenam ‘Bloodlines’ sejak kali pertama pengenalannya pada 2000?


Premisnya sama, bagaimana kematian dijelmakan sebagai sebuah enigma, perasaan tidak pasti, tidak dapat dilihat tapi dengan rakus mengejar mangsanya. Ia menuntut nyawa dengan cara paling ngeri seolah-olah jika kita masih bernafas adalah kesilapan, dendam dan sumpahan paling celaka.


Bloodlines kali ini diamanahkan kepada dua  pengarah genre seram dan sains fiksyen popular, Zach Lipovsky dan Adam Stein (kedua-dua mengarahkan Freaks, 2018).


Bagaimana gadis muda Stefanie Lewis mewarisi keistimewaan (lebih kepada kesialan) neneknya, Evelyn, meramal kejadian buruk serta kematian di masa depan.




Kematian seolah-olah berdendam kepada waris Evelyn kerana semasa dia masih muda, dia menyelamatkan semua orang di Skyview Restaurant Tower yang sepatutnya mati di pesta dansa berketinggian 400 kaki itu. Sejak itu, Evelyn percaya, kematian sedang menunggu untuk mencabut nyawanya sebaik sahaja dia melangkah keluar dari rumah.


Tapi memetik kata-kata Howard Campbell semasa mengangkat gelas di halaman rumah (lebih kurang) ‘kita akan mati, tapi janganlah kerana ketakutan itu kita menghabiskan sisa masa sendiri seperti Evelyn, lebih baik begini, kita hidup bersama-sama orang yang kita cinta’


Katanya yang kemudian mati, tapi terlalu sedikit yang menangisi kehilangannya. Seolah-olah ketakutan kepada maut lebih penting daripada rasa hilang orang disayang.


Tiada istilah meratapi, berkabung atau serupa dengannya dalam Final Destination  seolah-olah memberitahu penonton ‘Tiada masa bersedih, semua harus mati’. Aneh, semua watak dalam filem ini mahu tetap hidup, walaupun kehidupan mereka tidaklah seindah mana.


Berbalik kepada persoalan yang saya buka di awal artikel ini, kematian dan rasa takut kepada kematian adalah normal kerana kita diajar bahawa hidup adalah sebuah perjalanan; kita mendewasa, membiak, kemudian mati. Sebab itu apa sahaja tentang kematian telah dibahaskan lama baik menerusi seni, sastera, falsafah dan psikologi.




Namun begitu, saya melihat dan berpendapat, Final Destination bertahan kerana individu yang menghasilkannya sepanjang enam filem ini (siapapun itu) memanipulasi sebuah keadaan yang dipanggil death anxiety.


Menerusi kajian The worm at the core: A terror management perspective on the roots of psychological dysfunction, ada menulis bahawa ketakutan untuk mati adalah sebuah perkara asas yang dirasai semua orang.


Bezanya, individu yang mempunyai keresahan melampau terhadap kematian akan bertindak lebih ekstrem seperti pertama, obsesif untuk memeriksa setiap keadaan lebih kerap, berulang kali bagi mengelak bahaya dan maut.


Kedua, fobia yang keterlaluan kepada tempat tinggi, haiwan, darah dan apa sahaja yang dirasakan berisiko mengundang kematian.


Dua kaedah inilah yang digunakan sepanjang enam buah filem secara berulang kali yang mungkin tidak anda sedari. Sebab itu dalam francais Final Destination tidak ada momen untuk bersugul, mengenang sesuatu dengan lama dan dalam, mahupun apa sahaja terapi untuk menghadapi sebuah kehilangan.


Apa yang penting ialah rasa resah, ketakutan dan kebimbangan yang sama terhadap kematian untuk dikerah, dimanipulasi demi melariskan satu lagi filem ngeri, selagi kita semua takut mati. -UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2025 12:13 PM | Show all posts
cete ni last2 semua mati juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.181525 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list