CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 0

Giliran Jovian… SPRM tunggu masa panggil bantu siasatan kes rasuah Ismail Sabri

[Copy link]
Post time 22-5-2025 08:01 PM | Show all posts |Read mode


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie bagi membantu siasatan kes rasuah bekas Perdana Menteri itu.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Jovian merupakan saksi yang dinamakan oleh Ismail Sabri untuk mengesahkan pengisytiharan harta yang dibuatnya pada 10 Februari lalu.  


Azam berkata, pihaknya akan mendapatkan kerjasama daripada usahawan tersebut yang kini telah menetap di Indonesia.


"Saya dimaklumkan kita kena pergi jumpa dia. Kita tidak boleh memaksa dia datang ke sini sekarang kerana dia adalah warganegara Indonesia dan dia berada di sana.


"Jadi kita kena dapatkan kerjasama beliau. Saya jangka dalam tempoh seminggu dua ini. Saya sudah beritahu kepada pegawai penyiasat, pengarah untuk segerakannya," katanya dalam sidang media pada Khamis.


Untuk rekod, Jovian sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan anak kepada perdana menteri kesembilan itu, Nina Sabrina, sebelum bercerai pada 2023.


Menurut Azam, siasatan ke atas Ismail Sabri dijangka dapat diselesaikan pada akhir Jun, sambil menambah, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke pihak pendakwa raya sekiranya wujud elemen yang membawa kepada pertuduhan.


"Sekiranya terdapat elemen-elemen yang cukup untuk beliau dituduhkan, kita akan cadangkan pertuduhan terhadap beliau," jelasnya.


Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya dari Ogos 2021 hingga November 2022.


Kes berkenaan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.


Pada 3 Mac lalu, Azam dilaporkan berkata, Ismail Sabri adalah suspek dalam siasatan kes berkenaan susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas di sebuah rumah yang dijadikan 'safe house' hasil serbuan SPRM. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.386445 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list