CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 1

Ibu pengantin di Kuala Terengganu kecewa, Tok Kadi buat 'live' majlis akad nikah anak tanpa izin, patutnya secara privasi bukan tontonan umum

[Copy link]
Post time 19-5-2025 07:02 PM | Show all posts |Read mode


HASRAT pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup 'terjejas' selepas Tok Kadi yang menjalankan akad nikah tersebut bertindak melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok tanpa kebenaran pengantin atau keluarga.


Menurut hantaran di Threads oleh ibu pengantin lelaki berkenaan, telefon Tok Kadi terlibat dilihat terlalu dekat dengan pengantin ketika membuat siaran langsung, sehingga menyebabkan momen peribadi itu menjadi bahan tontonan umum tanpa persetujuan.


Katanya, situasi yang berlaku di Kuala Terengganu, Terengganu itu bukan sahaja mengganggu suasana akad, malah menjejaskan privasi anaknya.


"Ia tidak sepatutnya berlaku. Sekurang-kurangnya minta izin dahulu dengan anak saya jika mahu kongsikan detik kecil ini secara langsung. Tidak semua perkara perlu disiarkan di media sosial," tegas wanita itu.



Beliau juga menyatakan kebimbangan jika pengantin lelaki berasa gugup atau melakukan kesilapan, rakaman live itu berpotensi menjadi aib anaknya.


"Bayangkan jika anak saya terlampau debar dan membuat silap. Kalau jadi viral sangat mengaibkan anak saya," ujarnya yang turut menganggap penggunaan filter pada wajah anaknya dalam siaran langsung itu tidak sesuai.


Beliau menambah, walaupun inisiatif Tok Kadi bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai akad nikah kepada orang ramai, namun perlu nilai masa dan tempat yang lebih sesuai untuk berbuat demikian.


"Saya hargai usaha awak untuk menyebarkan ilmu secara meluas, tetapi perlu mengikut kesesuaian tempat dan masa," katanya.


Beliau pada masa sama memilih untuk tidak menegur Tok Kadi terbabit ketika majlis berlangsung kerana tidak mahu mencetuskan suasana tidak diingini. — [url=https://majoriti.com.my/maya/2025/05/19/ibu-pengantin-di-kuala-terengganu-kecewa-tok-kadi-buat-039live039-majlis-akad-nikah-anak-tanpa-izin-patutnya-secara-privasi-bukan-tontonan-umumhttps://majoriti.com.my/maya/202 ... bukan-tontonan-umum]Majoriti[/url]


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2025 07:05 AM | Show all posts
So, lepas akad tu dh tegur ke belum?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.571448 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list