CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 749|Reply: 0

Silap besar pakcik tua mengadu telefon keluar banyak iklan! Wanita urut dada periksa 'history', layankan saja alasan diberi

[Copy link]
Post time 18-5-2025 09:21 AM | Show all posts |Read mode


SETIAP orang mempunyai aib dan rahsia 'gelap' tersendiri yang cuba disembunyikan daripada orang sekeliling.


Di Thread, seorang wanita berkongsi kisah pelanggannya yang 'kantoi' menonton video lucah menggunakan telefon bimbit miliknya.


Lebih mengejutkan, dia mendakwa pelanggannya itu merupakan seorang lelaki yang sudah lanjut usia.


"Saya seorang telco dealer. Jadi memang akan selalu tengok telefon pelanggan terutamanya orang tua.


"Seorang pakcik minta tolong sebab telefon dia keluar banyak iklan sampai tak boleh nak tekan.


"Kita pun apa lagi, nak tolong padam history dan nak padam segala iklan merapu tu.




"Sekali buka, Astaghfirullahalazim aku dalam hati. Penuh laman web lucah," ceritanya.


Menurut wanita itu, kes seperti ini bukanlah pertama kali dihadapinya sebaliknya sudah beberapa kali berlaku melibatkan pelanggan berusia.


"Dah nama pun pelanggan. Jadi kita pun cover la buat-buat tak faham. Pakcik cakap sebab download banyak aplikasi, kita pun iyakan je la," ujarnya.


Jelas wanita itu, dia tidak berniat mencampuri urusan peribadi pelanggan, sebaliknya hanya mahu berkongsi pengalaman sahaja.


Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kisah hampir sama yang dilalui mereka dan berpesan kepada pengadu agar tidak mudah buruk sangka kepada orang tua.


"Macam kes kawan saya, anak dia check history telefon emaknya. Ada banyak video tak senonoh. Lepas disiasat, rupanya cucu dia yang search dalam phone nenek.


"Tapi telefon Android selalu macam tu. Bila banyak iklan merapu telefon jadi panas. Lepas saya tukarkan iPhone untuk ayah, dah tak ada iklan bukan-bukan.


"Bapa aku pernah kena. Semua sebab anak buah install game dan yang keluar semua iklan dewasa," antara komen netizen. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.768452 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list