CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 975|Reply: 6

Guru minta jangan bawa hadiah pen, cawan dikecam

[Copy link]
Post time 17-5-2025 02:27 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Tindakan sebuah sekolah meminta ibu bapa agar menyediakan hadiah bagi sambutan Hari Guru di sekolah mereka baru-baru ini mendapat kecaman orang ramai.


Menerusi satu hantaran di aplikasi Thread, seorang penjaga berkongsi tangkap layar pesanan berkenaan di kumpulan WhatsApp sekolah swasta tersebut mengenai sambutan hari guru di sekolah itu.


Apa yang membangkitkan kemarahan ialah, pesanan tersebut meminta agar ibu bapa tidak memberi hadiah seperti pen, cawan, bingkai gambar dan bunga-bunga kecil kepada guru-guru.


“Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan pada guru pada hari tersebut.


“Kami memohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi pen, mug, frame atau bunga-bunga kecil kepada guru-guru.


“Hadiah yang berkah adalah hadiah yang memberi manfaat,” kata hantaran itu.


Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pihak sekolah yang dikatakan meminta-minta.


“Peliknya guru zaman sekarang, masa saya sekolah dulu tak pernah pun dengar cikgu meminta begini,” kata Fatin.


“Sahih ke ni? Takut orang buat mesej palsu, jarang dengar sekolah minta hadiah. Kalau betul, kasihan pada pelajar yang kurang mampu,” kata Azlee.


“Apa jenis perangailah, kan bagus dapat pen kau boleh pakai. Kalau sekolah anak aku, aku suruh anak tak datang terus,” kata Zura. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 03:00 PM | Show all posts
Edited by silance at 17-5-2025 03:02 PM

“Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan pada guru pada hari tersebut.

“Kami memohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi pen, mug, frame atau bunga-bunga kecil kepada guru-guru.

      
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin set kain kafan lebih afdal...


Rasanya, pen adalah benda yg paling cikgu2 guna kat skolah tu...
Hargailah walau sebatang pensil, bukan semua pelajar berkemampuan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 17-5-2025 03:00 PM
“Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan ...


Kan
Ade ke org yg rendah hati,tp demand
Mcm x matematik
Itu fefeeling namanya

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 03:14 PM | Show all posts
cikgu sekolah mana tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2025 05:24 PM | Show all posts
demand betul... syukur student nak bg...x dapat langsung baru tahu...

classmate anak iouls bg hbag Cristy Ng pada cikgu2 perempuan yg mengajar kelas derang...cikgu lelaki dapat set BBW.... cikgu2nya xde meminta2 pun....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2025 05:26 PM | Show all posts
hadiah yg berkah hadiah doa & senyuman jelaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.289555 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list