Mujurlah perasaan itu mampu dikawal dan bagi membuang pemikiran negatif dalam dirinya dia Hariesa tidak malu bertanya bagi mendapatkan ilmu tentang teknik lakonan daripada pelakon lain di set penggambaran.
Dalam pada itu, dia mengakui pernah melalui kesulitan seperti mencari titik keseimbangan dalam hidup ketika mula menapak sebagai anak seni.
“‘Struggle’ dalam lakonan ini sudah tentulah saya pernah rasa, malah dalam apa sahaja bidang pekerjaan sekalipun mesti akan hadapi perkara seperti itu.
“Bagi saya ‘struggle’ yang pernah dilalui sepanjang menjadi pelakon ialah menjaga keseimbangan mental dan kesihatan.
“Memang sangat penat tambahan pula dengan tak cukup tidur dan terlalu banyak menghabiskan masa bekerja di set penggambaran.
Dalam masa sama, bintang drama Perempuan Itu menegaskan dirinya bukan seorang yang menghabiskan duit membeli barangan berjenama mewah.
“Paling mahal saya beli setakat ini ialah telefon bimbit.
“Bukan barang mahal saya kejar tetapi lebih mengutamakan keluarga. Saya sedaya upaya beri semula apa yang mereka sudah laburkan untuk menjaga dan membesarkan saya selama ini,” jelasnya.
Untuk drama Bru arahan Nik Amir Mustapha, Hariesa turut digandingkan dengan Shukri Yahaya dan Amerul Afendi.
Sumber: Kosmo