Sementara dalam ruangan komen, ramai rakan artis dan orang ramai terus mendoakan perjalanannya ke Mekah dilindungi dan dipermudahkan.
“Terus kuat! Semoga Allah permudahkan semuanya Amar. Allahumma amin!” komen Zahiril Adzim
“Semoga dilindungi oleh Allah buat Amar dan juga keluarga di Malaysia juga,” kata Sharifah Shahirah.
Amar dan Muqharabbin memulakan kayuhan dari Perlis pada 27 April lalu sebelum merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.
Mereka dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.
Sebelum ini, Amar memaklumkan akan menyertai misi kayuhan ke Mekah sejauh 8,000 kilometer.
Sumber: Kosmo