CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9888|Reply: 0

Muhamad Farid dilantik Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu

[Copy link]
Post time 15-5-2025 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Muhamad Farid dilantik Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu

MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
15 Mei 2025 11:27am




Hussein menyaksikan penyerahan serah terima tugas dari Shahnaz (kiri) kepada Muhamad Farid pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Serdang pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / ROSLI TALIB.



SERDANG – Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu berkuat kuasa pada Khamis.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus D9 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan mengambil alih tugas daripada pemangku jawatan tersebut, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji.


Muhamad Farid kini akan bergandingan dengan Shahnaz yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Pelantikan itu disempurnakan dalam Majlis Serah Terima Tugas di IPD Serdang pada Khamis dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.


Dalam ucapannya, Hussein berkata, pelantikan Muhamad Farid adalah keputusan tepat berdasarkan pengalaman luas serta kebolehannya dalam menerajui pentadbiran dan operasi IPD Serdang.

“Selain menjadi satu amanah dan tanggungjawab besar, PDRM berharap akan berlaku penambahbaikan dalam kontinjen Serdang di bawah kepimpinan beliau

Saya percaya perubahan positif boleh dilakukan dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pasukan.

“Jangan leka dengan kedudukan yang diperoleh, sebaliknya terus berusaha memakmurkan IPD Serdang dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.


Terdahulu dalam majlis sama, Hussein turut menzahirkan penghormatan kepada sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.


Beliau menyifatkan kesemua mangsa sebagai wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas tanpa mempersoalkan arahan, demi kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.

“Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar kepada PDRM. Saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/728549/edisi/selangor-kl/muhamad-farid-dilantik-ketua-polis-daerah-serdang-yang-baharu



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.405217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list