CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9778|Reply: 0

TUDM namakan Sukhoi wajah baharu 'Toruk Makto', inspirasi filem animasi Avatar

[Copy link]
Post time 14-5-2025 05:07 AM | Show all posts |Read mode
TUDM namakan Sukhoi wajah baharu 'Toruk Makto', inspirasi filem animasi Avatar

Oleh BERNAMA - Mei 13, 2025 @ 11:13pm




Pesawat pejuang Su-30MKM milik TUDM tampil dengan wajah baharu sempena LIMA ‘25. - Foto FB TUDM



KUALA LUMPUR: Pesawat pejuang Su-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil dengan wajah baharu sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) dengan membawa gelaran istimewa iaitu 'Toruk Makto'.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan rekaan corak baharu pada badan pesawat itu diilhamkan daripada makhluk legenda dalam filem Avatar, dikenali sebagai Toruk atau 'The Last Shadow'.

Menurut kenyataan itu, dalam filem fiksyen tersebut gelaran Toruk Makto diberikan kepada mereka yang berjaya menjinakkan dan menunggang Toruk, dengan hanya yang berjiwa tulen dan suci mampu menunggang makhluk berkenaan

Dalam dunia nyata pula, juruterbang pesawat tempur Su-30MKM mencerminkan semangat yang sama kerana pesawat yang dilengkapi dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih itu bukan sekadar mesin perang, tetapi 'makhluk besi' yang memerlukan pengendali berjiwa besar.

"Mereka adalah insan terpilih, bukan semata-mata kerana kehebatan mereka, tetapi kerana ketulenan jiwa mereka.

"Dalam kokpit, seorang juruterbang perlu membuat keputusan dalam detik yang mendebarkan, kadangkala antara hidup dan mati. Keputusan yang hanya boleh dibuat oleh jiwa yang murni tanpa niat peribadi dan tanpa ego," menurut kenyataan itu.

LIMA '25 bertemakan 'Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan' bakal berlangsung di Langkawi dari 20 hingga 24 Mei ini yang akan mempamerkan 102 pesawat serta 35 kapal tentera laut dari pelbagai negara.

LIMA antara pameran terbesar industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara yang dianjurkan sejak 1991.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1395597/tudm-namakan-sukhoi-wajah-baharu-toruk-makto-inspirasi-filem-animasi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 1.311288 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list