CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9903|Reply: 0

APC pengiktirafan buat pasukan, suntik semangat

[Copy link]
Post time 7-5-2025 01:31 AM | Show all posts |Read mode
APC pengiktirafan buat pasukan, suntik semangat

Muhaamad Hafis Nawawi dan Nur Alif Hazmi Suffian[email protected]





MOHD Afzanizam (tengah), Ijid Landu Binju (kiri) dan Mohd Fikhry (kanan) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari ini. FOTO Saifullizan Tamadi.




Kuala Lumpur: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bukan sahaja pengiktirafan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cemerlang, malah menyuntik motivasi untuk terus berbakti dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

Bagi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya, kejayaan menerima APC buat kali keempat dalam tempoh 25 tahun berkhidmat dianggap penghargaan terbesar yang turut dikongsi bersama pasukannya.

"Anugerah ini saya terima bukan atas usaha saya seorang, tetapi hasil komitmen dan sumbangan anggota serta staf saya dalam membanteras aktiviti dadah di Johor, malah hingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya bersyukur dan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat," katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM 2024 di Bukit Aman, hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua Polis Negara Tan Sri Tan Sri Razarudin Husain.

Turut senada, Superintendan Ijid Landu Binju daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang memaklumkan terharu apabila dipilih menerima APC buat kali ketiga sepanjang 29 tahun berkhidmat.

"Anugerah ini bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Ia melalui penilaian ketat oleh panel dan menunjukkan hasil kerja kita sentiasa diperhatikan.

"Saya menyeru rakan setugas agar terus jalankan amanah dengan jujur kerana kerja ikhlas pasti akan dinilai," katanya

Sementara itu, bagi Penolong Pegawai Turus (Pentadbiran) Balai Polis Melaka Tengah, Mohd Fikhry Abd Razak, pengiktirafan yang diterima buat kali kedua dalam tempoh 15 tahun perkhidmatan menyuntik semangat untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

"Ini bukan sekadar penghargaan, malah motivasi untuk terus berusaha lebih baik demi jabatan dan orang awam," katanya.

Bagi Pegawai Unit Komunikasi Pemantauan Media, Urus Setia Komunikasi Korporat Bukit Aman, Roseyatimah Arshad pengalaman lebih 35 tahun berkhidmat dengan PDRM banyak mengajarnya erti kesabaran dan dedikasi.

"Saya sudah empat kali menerima APC dan anugerah ini sentiasa menjadi pembakar semangat untuk saya bekerja dengan lebih komited dan konsisten.

"Nasihat saya kepada rakan setugas, buatlah kerja dengan ikhlas. Bila ikhlas, kita akan rasa seronok walaupun berdepan cabaran," katanya.



Disiarkan pada: Mei 6, 2025 @ 4:49pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1215621/apc-pengiktirafan-buat-pasukan-suntik-semangat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.315381 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list