CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1277|Reply: 0

Terleka dalam solat sampai terlebih bacaan tahiyat awal, ustaz perjelas apa perlu anda lakukan

[Copy link]
Post time 30-4-2025 01:52 PM | Show all posts |Read mode


UMAT Islam dianjurkan supaya menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru.


Namun kadang kala, kesibukan kerja dan tugasan harian membuatkan seseorang hampir terlepas waktu solat dan menunaikan kewajipan ini dengan tergesa-gesa.


Susulan itu, mereka sering terleka dalam solat sehingga terlebih bacaan dalam tahiyat awal.


Kebiasaannya, segelintir individu yang tersedar akan kesilapan yang dilakukan cenderung untuk berhenti dan memulakan solat baharu.


Bagaimanapun, ada pula yang menyedarinya selepas menunaikan solat seterusnya berasa ragu sama ada amal ibadah itu diterima atau sebaliknya.


Menyedari khilaf seumpama itu sering terjadi, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan hukum sekiranya seseorang itu terlajak bacaan dalam tahiyat awal.


Menurutnya, bacaan tahiyat awal sepatutnya berakhir pada ayat 'Allahumma Solli 'Ala Muhammad'.


Usai bacaan itu, hendahlah bangun dari duduk antara dua sujud dan takbir bagi memulakan rakaat seterusnya.


"Tapi ada yang meneruskan bacaan seperti tahiyat akhir dan kemudiannya dia tersedar.


"Tak batal dan siapa yang sengaja (dalam) tahiyat awal dibacanya tahiyat akhir, perbuatan itu menurut pandangan Imam Nawawi... tidak batal solat," jelasnya. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.331469 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list