CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168948|Reply: 364

Suami kembali ngeri dan wanita yg sembahyang(kisah rambut)NEW POST#160,Page 7

  [Copy link]
Post time 11-5-2011 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BabeYSHa at 14-9-2011 15:27

Salam buat semua forumer...

Apa kbr semua?? Hopefully semua sihat la ye..

Maaf kerana thread sebelum ini aku tak sambung..ada sbb aku terus hentikan sambungannya..Sebab utama aku kembali sakit dan sungguh ttidak dapat digambarkan keaadannya sehingga seorang pakcik aku yg yg beketurunan 'Syeikh' pun berkata. "Tambahkan lg amal ibadatmu sbb apa yg kau alami tdk akan kembali seperti org normal..berserah kpd yg kuasa dan jauhkanlah segala kejahatan dpd hidupmu..sesungguhnya amalanmu akan byk menolong org kelak" erm...tetiba pulak pakcik aku tu ber'slang' seperti org dahulu kala..napa eik...smpai skg aku malas nak fikir panjang cuma aku tak nak pulak aku waris utk mengubat2 ni....ermmm jauh2kanlah berat utkku tanggung semua tu..

mesti u all pening ngan intro ku td kan...alkisah bermula ceritanya begini :

dipendekkan cerita rumah aku sdh 'bersih' dan pada satu malam aku depan laptop aku...dan semasa aku menaip kisah jin paya d thread aku sebelum ni.. aku tercium satu wangian yg sungguh segar..wangi betul getus hatiku..ku lihat anakku sedang nyenyak tidur bersama suamiku.. ku lihat jam menunjukkan 3 pagi...erm mataku x mengantuk langsung...tiba2 hatiku terasa seperti ada org berada dibelakangku...erm aku toleh lagi...asap hitam...!!! berkepul beberapa saat menjelma seperti satu lembaga n hilang begitu saja...aku telan liur...badanku teketar2...satu ayat saja yg dapat keluar "Allah"...Bermulalah kesakitan yg dulu hilang..kembali mewarnai hidupku denggan dugaan yg benar2 tidak mampu ku tanggung...

Sehingga subuh aku terus solat... semasa ku beri salam pertama terdengar suara halus seorang perempuan memberi salam di belakangku..salam kedua ku beri...juga terdengar dari belakang salam kedua..aku usap ubun2ku dgn kata2 An-nur 3x dan selepasnya ku toleh belakangku...Seorang tua umur lingkungan 50 an sedang duduk bertelekung...dan sekali lagi ghaib tiba2...gulp!! aku telan liur...terdengar suara nya bergema. "akan dapatlah engkau nur daripada yg esa selepas kau dapat satu ujian yg maha berat" gulllp....!! lagi sekali aku telan liur...

Selepas 2 hari tiada apa2 yg terjadi sebaliknya hariketiga...balik kerja aku terus ke dapur utk memasak..anakku enak tidur dibuaian dijaga oleh ayahnya..setelah beberapa minit aku d dapur ku rasa taksedap hati dan bisikku d dalam hati “ ni mesti ada something...:re:” mmg btul..selang beberapa minit aku terlihat kelibat seorang perempuan muda di dalambilik jiran. (dapur aku menghadap dapur jiran n sebelah dapurnya ada bilik) tpyang ku nampak perempuan rambut panjang berbaju putih) aku tak seram lg...tup2bila kelibat tu di dalam bilik muncul lg tp dengan suasana bilikgelap...erk....sebelum ni pun bilik gelap jugak..tp menyedapkan hati aku buatderk je..mgkin jiran lepas bgn tido kot...jadi biar rambut terburai kan..hehehe...)

Selang beberapa minit...keluar lah tukang gajinya ambil bajud ampaian... (buat pengetahuan semua aku blum pernah nmpk owner rumah tu ...yghari2 nmpk Cuma org gaji dia yg selalu takut tgok aku...apakah aku serupahantu....hehehe..jawapan selepas ni)


to be continue again all my dear

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 10:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by aizawa at 11-5-2011 16:38

tingkap dapur aku mmg dah terbuka so aku dengan bz bodynya tegur la tukang gajinya tu (dia mesti pakai tudung tak kira la apa pun kerja dia buat even memasak)..aku pun berkata dengan penuh sopan tp agak bz body... " angkat jemuran ker?" hah...!! terkejut c gadis sambil baju d tangannya berterbangan sana sini... "errrr" lidahnya terkedu...matanya bulat pandang aku... "kenapa" soal aku pula...apasal minah ni terkejut habis... "tak ingat tak ada orang kat rumah puan" sbb rumah ni kan sdh lama kosong...td puan tegur sy terkejut sbb...." kata-katanya mati d situ sahaja.... terus aku pun sambung "mesti nampak yg tak best ni kan???:re:" dia angguk perlahan...sambil tu dia kata "kejap puan sy nak tutup air tuan kat dalam...tak ada orang" gulp...! siapakah gerangan orang tadi??? aku still tak puas hati..sambil tu aku mmasak..sambil tu jugak mata aku melilau melihat kelibat sang gadis... ahirnya dia keluar (aku ganti nama dia sbgai si gadis,mcm tak best plak panggil tukang gaji) dia terus panggil aku "puan maaf la,air sdh melimpah tadi...nasib puan dan tuan sy tak ada kalau tak kena marah...hehehe" dia ketawa.. aku tersenyum "jadi bilik tu awak yg duduk ek???" saja je tanya mcm tu sbb nak tahu sbnarnya tentang bilik tu.. "oh bilik tu stor puan.bkn ada org kat dalam tu..emmm ada apa2 ke puan??" aik mcm dia fhm2 aku nmpk something.." owh tak lah saja je tanya awk..takpe ada masa nnti lg kita cerita..sy nak ke dalam dulu...perbualan tamat....

Mungkin kerana perasaan ingin tahu membuak2 ahirnya di dalam tidur aku didatangi dengan seorang perempuan..berambut sama seperti yg aku nmpak kat rumah jiran..sayup2 kedengaran dia menagis...aku terjaga...aku istigfar dan terus ambil wudhu...selepas itu mmbaca beberapa surah dan zikir aku kembali tidur..sekali lagi aku bermimpi...tangisan yg sama..dan ahirnya aku bertanya "kenapa engkau menangis??" dia menolehku...perlahan dari pandangan sisi..wajahnya tidak kelihatan...dia berkata sayu..."aku perlukan bantuanmu" aku kembali terjaga...aku kembali berwudhu...solat sunat dan aku kembali baring..anakku nyenyak tidur... mataku tidak dapat tidur kembali lantas aku bezikir...maka terlelap lah aku buat seketika..."kak tolong lah...tolonglah aku..." sayup suaranya lagi...kali ini dia duduk mencangkung tp membelakangiku..."aku perlu tahu apakah masalahmu" kataku kembali... aku terjaga kembali... kali ini aku berwudu' lagi dan membaca al-quran... beberapa surah ku baca.. setelah itu aku kembali tidur.. "kak tolonglah aku...tolong aku untuk mencari barangku yg telah diambil tuan rumah tadi...tolonglah kuburkan barangku itu:cry:" lenyap...gelap gelita...zzzzzz aku terjaga pada jam 5 pagi...erm...apakah perlu ku lakukan?? aku solat n bermohon untuk dapat petunjuk yg Esa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 10:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by aizawa at 12-5-2011 09:19

Keesokkannya aku mmbuat keputusan untuk bertanya kepada si gadis..semasa dia sedang mencuci karpet,aku terus menegurnya "eh awak tido kat rumah ni jugak ke...??" padahal memang aku tau dia tinggal d sana..saja ja dah takde idea nak tanya apa..."ya puan...dah lama sy tinggal kat sini..dah lebih 7 tahun..."wow...lama juga ya.." tak sangka pula begitu lama. "Oh kalo macam tu mesti diorang dah anggap awak mcm keluarga kan..??" dia tersenyum " Ya puan..mereka sungguh baik..melayan sy tiada beza cuma kali ni diorang melancong sy tak nak ikut..."sambungnnya lagi.. "ruginya awak tak ikut...kenapa pla?? " tanyaku lagi semakin galak..."puan sy ni suka kumpul barang pelik2...mahal2 pulak tu...dia risau nak tinggalkan,jadi sy tolong jaga..lagipun malas la nak ikut pegi China...mcm tak seronok..." dia tertawa kecil... fikiranku terus tertangkap ayat 'kumpul barang pelik'..."erk...maaf pulak banyak tanya..kalau awak tak kisah dia suka kumpul apa..saja je nak tahu:re:" kataku... "oh tak apa puan pun selalu bawa kawan2 ke sini tgok koleksi dia...dia suka barang zaman dahulu seperti mesin jahit lama yg orang putih buat tu...jam antik.. dan byk lg...tp..." ayatnya tergantung di situ..keningku terus terangkat ala2 ziana zain tu...

" tp sy pelik pulak koleksi terbarunya tu rambut palsu..apa org kata wig kan puan...?" tanya pula.." oh betul la tu..napa awk rasa pelik?" soalan semakin menemui jawapan mungkin kepada persoalan mimpiku...kuat perasaan hatiku mengatakannya..."bkn apa puan..rambut tu puan cakap rambut betul...yg sy rasa takut rambut tu seperti hidup dan semakin panjang..pernah puan pakai untuk saya..jadi mcm model tu (sambil tertawa) rambut tu tiba2 berbau wangi...lembut sekali mcm rebonding tu(tertawa lagi)...rambut tu sampai paras bahu saya" tp mukanya tiba2 menjadi serius bercampur risau..." tp semalam tiba2 sy rasa nak pakai..(nak angan2 la tu) sy ambil la depan cermin...terus pakai dan saya terkejut rambut tu sudah mencecah punggung sy...saya terus campak kat lantai...puan saya rasa amat takut..." gulp...! aku telan liur..yakinlah aku sedang ditemukan dgn jawapan yg tepat..

aku masih ingin tahu.."puan awk beli kat mana rambut tu..apa lg yg awk tahu pasal rambut tu?" erk..semakin over pulak aku bertanya.. "setahu sy puan beli di Kuala Lumpur tp dengan harga yg mahal sebab itu adalah satu2nya rambut sebenar yg puan bgtau handmade dan sangat istimewa,oleh sbb tauke jual tu kwn lama puan dia jual ngan puan..tp dia kata kat puan sy rambut tu membawa ong..kwn puan tu chinese la...katanya lg kalau nak hajat asapkan kemenyan sahaja..mesti hajat termakbul..tp syaratnya rambut tu tidak boleh terkena tanah" nah...jawapan kali ini mmg jawapannya adalah rambut tu..."pelik juga syaratnya...awk tak takut ke? :re:" tu lah puan semasa sy solat semalam sy dengar suara perempuan menangis..sy terus telefon kwn sy temankan sy tidur"...mmg btul sy nmpak kwn perempuannya ada di dapur.."sebenarnya suara perempuan menangis ada sejak rambut ni d sini puan..." aku terus bertanya "puan awk tak dengar ke atau kena ganggu apa2?" dia menggeleng "tak ada puan..dia pernah asap rambut tu dan minta wang bnyk...dan kebetulan dia telah terjumpa wang lebih 50 ribu dalam peti ais kami ni..tak seorang pun tahu duit tu datang dari mana...sy takut la puan sy terpesong akidahnya puan..." dia menunjukkan rasa risau.."alamak puan...saya terlalu byk cerita kat puan..tolong puan rahsiakan perkara ni..sy dah terlebih cakap..nnti puan sy tahu nahas la sy..." katanya tersedar.. " ok tak apa..nnti kita cerita lagi...perbualan tamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 10:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by aizawa at 12-5-2011 15:22

malam tu oleh sbb kepenatan sy tertidur bersama anak tersayang..si ayah masih lg menonton tv..tiba2 terdengar suara itu lagi..ya suara halus perempuan yg menangis.. "kak akhirnya kakak jmpa barang sy...boleh tak kak tolong kuburkannya...sy terseksa diperlakukan seperti ini..." tiba2 suaranya semakin sayu...tangisan sudah bergema.."kak tidak boleh tolong kamu..kamu kena buat sendiri" perlahan ditolehnya kembali...tiba2 rambutnya botak...ada bnyk darah di kepalanya..."kak tgoklah kepala sy..sy dibunuh hanya kerana rambut sy yg cantik...sy mahu dijadikan pelacur...tp di bunuh pakcik sy sendiri selepas dia merogol sy...mayat sy dicampak ke dalam gaung...." aku tekedu....beberapa saat dia menangis n menangis..."kak rambut sy dipuja dan roh sy tidak tenteram..hanya rambut itu yg sy perlukan...." rayunya...tangisannya menjadi2..."kak sy tak boleh ambil sendiri rambut tu..sbb sy terikat dgn perjanjian" aku mengeluh..tidak menjawap sepatah pun..."kak hanya kak boleh tolong...hanya kakak boleh tolong...." berulang2 ayat tu...aku terjaga.. aku lihat jam masih awal 9.30 malam... aku bgn lantas membaca beberapa surah..berzikir dan terus bezikir..

fikiranku lapang setelah bezikir..aku k dapur untuk mengambil kek chess kegemaranku..baru ku pasang lampu dapur..aku terpaku dengan bayang2 perempuan sedang berjalan di dapur jiran...gulp..! aku buat2 donno..terus ke peti ais...jelas kedengaran tangisannya sama seperti di dalam mimpiku..100% sama...halus dan sayu..mendayu2....aku dapat rasakan kesengsaraannya..aku teruskan langkah seperti tidak mendengar apa2...di bilik suami bertanya.."syg dengar tak perempuan menangis....??" gulp....aku telan liur...aik semua org dengar ni...teruk lah ni getus hatiku..."oh mgkin gaduh suami isteri kot.." kataku menyedapkan hati suami dan mengelakknya supaya tahu perkara ni.."tp...lain mcm syg..sy pun turut sedih dengar..tp mcm seram la:cf:" kata suami lg..

suara menangis ahirnya hilang beberapa minit selepas itu..jam 12 lebih brlah aku tidur.. tp malam tu aku tidak dikejutkan lagi dgn mimpi perempuan dan rayuannya.. aku bermimpi melihat seekor ular hitam yg bertaring emas...bermata hitam berkilat terbelit di pagar rumahku...aku terpaku berhadapan ular itu...tidak semena2 ular itu terbang dan melekat di badanku..aku melawan dengan ayat2 suci al-quran...semakin ku lawan..semakin kuat tp ahirnya kedengaran dengusan kuat ular tersebut d depan mukaku..kepalanya tegak dan menipis...matanya memandangku tepat:@aku terpaku lg pada taringnya yg berdarah....argh.....rupanya dia berjaya mengigit tgnku...................."syg....bgn syg...kenapa ni.."suamiku mengejutkan ku dgn agak kasar disebabkan aku seolah2 berlawan katanya...sehingga dia kejut aku semakin mendengus..katanya suaraku seperti seekor ular......(ini adalah episod pertama aku sakit..dalam masa yg sama roh perempuan dan rambutnya terus mengangguku)

tp semuanya hilang dalam masa 2 hari..tiada perempuan menangis..tiada mimpi dan semuanya normal seperti biasa...tp pada petang hari kedua...ketika jemur kain d ampaian luar dapur aku terdengar suara jiran marah2.. katanya " awk kan sdh tau rambut tu mesti diasapkan..kenapa awk nak takut...bkn ada hantu pun..."dgn angkuh tuan rumah memaki si gadis dengan lantang....terus mataku tertancap pada sekujur tubuh kurus berdiri di tepi stor mereka...wajah tunduk....:cry:kelam tp rambutnya berdarah...........dub2...jantungku bagaikan larian pecut...mataku terus terpaku...kelihatan ia menangis..maka terdengarlah lagi tangisan rayuan itu kembali..........."wuuuuuuuuu....wuuuuuuuuuuuu....wuuuuuuuu~~~~~~" bulu tengkuk ku secara automatiknya tegak...mataku tepat memandang airmatanya yg bertitisan seperti darah....terus ia mengangkat mukanya................"subahannallah...cantik..!hmy3:" spontan keluar kata2 itu...beberapa saat dia hilang dari pandangan........."ya Allah apakah dugaan yg sedang ku alami ini...kuatkanlah hatiku utk menempuhinya...jauhkanlah gangguan2 yg tidak baik dpd hidupku dan keluargaku" doaku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 10:44 AM | Show all posts
salam...


..............sila teruskan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 10:45 AM | Show all posts
salam kembali kak aiza..
uish..ingatkan kak aiza dah ok..
kali ni sape pulak yg dengki eh???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2011 10:48 AM | Show all posts
noor kejap eik...tgh bz nih...kejap2 aiza sambung balik k..

hai mel...long tym not c...hehe.. tu la..jap lg aiza smbung...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 10:57 AM | Show all posts
saspen nyer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 11:03 AM | Show all posts
wwaaahhhhhhhhhhh.. seramnyaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 11:24 AM | Show all posts
ni yg cite aiza asal sarawak tu ke? jadik SR je masa dulu2..citer la lagi ye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 11:27 AM | Show all posts
sambung2.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 11:32 AM | Show all posts
sile sambung yer..
keseraman telah bermula...hikhikhik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 12:21 PM | Show all posts
dah sambung sikit kat first post...so aiza lunch dlu...bersabar lah sbb mgkn jam 3 br aiza continue balik... tata titu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 12:33 PM | Show all posts
huhu kul 3 br sambung balik..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 12:41 PM | Show all posts
semoga tabah yer aiza
~ SR...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 12:47 PM | Show all posts
welkam bek aiza... haku admired stories ko sejak dulu agie.. dok tunggu samungan jah... apapun harap ko baek2 hendaknye di samping famili terchenta... sambung citermu ittew...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 01:09 PM | Show all posts
As Salam Aiza.... welcome back... semoga sembuh dari segala dugaan...
dulu suka sangat masuk umah Aiza... bila terlalu sibuk 'outstesen' seminggu.. bila balik nak rempit la konon.. tup-tup tengok umah dah kena  solex...  tapi memandangkan di solex atas sebab keselamatan tuan umah sendiri... tak per lah.. yg penting tuan umah dan seluruh keluarga isi umah sihat walafiat di bawah perlindunganNya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 01:20 PM | Show all posts
kak aiza ni org sabah kan??
bukan sarawak rasenye..lupe dah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 01:29 PM | Show all posts
salam kak aiza,sy ikt jg cte akak dl.tp as SR je la..huhu..smoga tabah yea kak..
jgn lupa sambung yea..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 01:33 PM | Show all posts
kena tunggu jam 3......

hi Mel....jumpa kat sini pulak ya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.284430 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list