CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 0

Wanita diganggu lepas sarung rantai leher perak dari Bali... Terkejut dapat tahu hadiah bulan madu ada ‘penghuni’

[Copy link]
Post time 26-4-2025 09:03 PM | Show all posts |Read mode


SETIAP kali pergi bercuti, pasti ada sahaja buah tangan yang akan dibeli untuk dibawa pulang.


Namun, sepasang suami isteri berdepan pengalaman menyeramkan selepas mereka membeli perhiasan perak di Bali, Indonesia.


Kisah itu dikongsi seorang wanita yang dikenali sebagai Maiyya menerusi aplikasi TikTok.




"Peringatan kepada mereka yang melancong ke Bali. Tolong lebih berhati-hati apabila membeli barang tradisional atau buatan tangan.


"Suami saya beli rantai leher perak buatan tangan di Bali. Masa tu dia teruja beli untuk saya sebab ia cantik dan ia hadiah bulan madu.


"Tapi sejurus saya pakai di Malaysia, saya mula alami pengalaman yang pelik," kongsi wanita itu.


Menurut Maiyya, dia tidak menyangka gangguan yang berlaku berpunca daripada perhiasan berkenaan.


"Saya rasa macam terganggu. Tenaga pun rasa lain. Saya tak sangka gangguan itu berpunca daripada rantai tersebut.


"Rupa-rupanya ada sesuatu yang tak kena dengannya. Suami saya minta seseorang untuk periksa dan sah ada 'penghuni'.




"Sekarang rantai itu sudah dibuang ke dalam laut. Pengajarannya, tak semua yang kelihatan cantik itu selamat," kongsinya lagi.


Hingga kini perkongsian wanita itu menerima hampir setengah juta tontonan.


Malah, ia turut dihujani banyak komen termasuklah daripada mereka yang pernah berdepan kejadian sama.




"Ni betul. Seorang kawan beli lukisan gajah dengan bingkai kayu. Balik Malaysia ada gangguan mistik.


"Bukan hanya di Bali, Malaysia juga. Jangan beli perhiasan antik, terutamanya di pasar. Ini berdasarkan pengalaman saya.


"Makcik saya beli keris lama dan cucuk sanggul. Akhirnya sekeluarga kena pindah rumah. Dahsyat kena kacau," kongsi beberapa netizen. - mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.302136 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list