CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 691|Reply: 2

Pempengaruh jual piza hingga jalan sesak, penduduk sepakat buat aduan

[Copy link]
Post time 22-4-2025 10:15 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Tindakan seorang pempengaruh menjual piza di rumahnya hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan tersebut mendapat kecaman ramai.


Menerusi beberapa hantaran di laman Thread mendapati, beberapa penduduk kawasan sekitar turut bersepakat untuk membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa berkenaan masalah tersebut.


Selain itu, ada juga yang menggesa pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan pemeriksaan terhadap tempat menyediakan piza serta pekerja yang didakwa berkemungkinan tidak mengambil suntikan typhoid.


Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna turut mengecam tindakan pempengaruh tersebut yang dikatakan tidak bertimbang rasa dengan penduduk setempat.


“Kalau nak berniaga, pandang sikit jiran kiri kanan. Kalau dah sampai menyusahkan orang, lebih baik fikir cara lain,” kata Zack.


“Dah banyak kali buat report tapi sayangnya tak ada sebarang tindakan. Pihak pengurusan, jiran-jiran dah laporkan,” kata Mad.


“Jom semua laporkan, tak boleh biarkan. Peniaga-peniaga kecil lain kena mohon macam-macam nak berniaga, tapi dia senang meniaga secara haram,” kata Illa. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2025 06:43 AM | Show all posts
Sorg je yg acik tau jual pizza... Adakah org yg sama?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2025 11:11 AM | Show all posts
Tak ada orang lagi dah selain 'orang tu' yang selalu menyusahkan rakyat jelata ikut suka buat perangai kepala batu konon2 kau je yang betul orang lain tak betul konon2 bisnes pizza terpaling laku terpaling ramai je nak order terpaling 100 pizza dunia terbagus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.374389 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list