CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 434|Reply: 0

Tiga lelaki berparang tampar dan samun cikgu dalam taska

[Copy link]
Post time 22-4-2025 10:49 AM | Show all posts |Read mode


SABAK BERNAM – Suasana sebuah taska di Tali Air 11, Pasir Panjang di sini, gempar apabila disamun tiga lelaki bersenjatakan parang sebelum bermula sesi pembelajaran semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi itu berlaku ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur yang kesemuanya berusia 40-an sedang menunggu kehadiran murid di taska tersebut.

Kesemua suspek tempatan itu melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit selain turut menampar seorang daripada guru berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar yang memaklumkan disamun tiga lelaki menaiki kereta Perodua Bezza.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat dua guru, seorang pembantu dapur dan 10 kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun di premis itu.

“Namun, tiada kanak-kanak yang cedera dan hanya melibatkan kerugian dialami dua guru taska berkenaan. Polis masih sedang mempergiatkan usaha mengesan suspek terlibat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan senjata,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd. Khairani di talian 018-2510452 atau balai polis berdekatan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.678258 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list