CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 592|Reply: 0

Merajuk tak nak pergi jamuan raya sekolah sebab tak boleh pakai mekap

[Copy link]
Post time 15-4-2025 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Raline at 15-4-2025 12:37 PM



Seorang individu mendakwa dirinya dikecam selepas meninggalkan komen pada satu posting yang dilihatnya di TikTok.

Posting tersebut menunjukkan seorang gadis meluahkan rasa berat hati untuk menghadiri jamuan Hari Raya di sekolah hanya kerana tidak dibenarkan mengenakan solekan.

Menceritakan semula apa yang berlaku, individu berkenaan berkata dia meninggalkan komen pada hantaran itu, menasihati pelajar tersebut supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan tanpa mengeluh.

Menurut wanita itu, jika pelajar berkenaan berasa tidak selesa atau terbeban dengan syarat yang ditetapkan, dia boleh memilih untuk tidak hadir ke majlis tersebut.

"Maaf cakap tapi saya rasa budak dekat TikTok sangat tak boleh 'disentuh' (tegur). Macam tadi ada lalu satu content (kandungan) ni.

"Budak tu luah la cakap dia malas nak pergi jamuan raya sebab nak mekap semua tak boleh.

"Jadi saya cakap ikut je la peraturan tu. Kalau rasa tak boleh ikut, jangan pergi," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimanapun wanita itu berkata, dia terkejut apabila komen tersebut mengundang kecaman hebat daripada segelintir warganet yang bersimpati dengan nasib pelajar berkenaan.

Menerima respons yang tak disangka-sangka seperti itu membuatkan dirinya mempersoalkan adakah tegurannya adalah satu tindakan yang salah.

"Lepas tu ramai gila yang serang dan kecam, salah ke? Semua sekolah macam tu (tetapkan peraturan). Tapi bagi la nampak muka tu 'hidup' sudah la kan.

"Enjoy je la zaman sekolah. Nanti sudah habis sekolah, sumpah rindu semua (kenangan) tu.

"Tak mati pun (tak mekap). Datang jamuan pun nak makan. Lama-lama nanti mekap tu hilang juga," katanya lagi.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka semasa zaman persekolahan dahulu yang jauh lebih bersederhana dalam penampilan berbanding pelajar zaman sekarang.

Ada juga yang meminta supaya mereka yang bergelar pelajar tahu batas dan tidak perlu terlalu taksub dengan solekan pada usia muda.

"Dulu pakai liptint je. Lepas tu kena rampas dengan pengawas.

"Mereka macam bergantung sangat dengan mekap. Aku dulu kira bersyukur dah pakai baju kurung. Budak sekarang ni banyak yang cepat rasa tak yakin dengan diri.

"Betul apa yang awak cakap tu. Kalau rasa tak boleh, tak payah datang. Tak paksa pun dia datang. Kalau ye pun, pakai je pelembap bibir dengan sunscreen. Okay la tu cantik.

"Mereka budak-budak lagi tu dah satu hal, tiba-tiba 'serang' orang dah kenapa?" komen beberapa netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.397438 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list