CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1013|Reply: 1

Tak pernah terfikir boleh simpan halia guna kaedah ini… Sesuai bagi yang jarang-jarang masak

[Copy link]
Post time 12-4-2025 12:35 PM | Show all posts |Read mode


HALIA merupakan antara rempah yang wajib ada di dapur kerana manfaatnya pada kesihatan selain digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Kebiasaannya ia dijual dalam kuantiti yang besar kerana halia merupakan sejenis ubi atau rizom.

Penggunaan yang sikit menyebabkan baki halia yang tidak digunakan mudah menjadi busuk dan kering.

Jika anda tercari-cari teknik penyimpanan halia yang lebih mudah dan menjimatkan masa, cubalah kaedah dikongsikan Tariq Syahman di Facebook.

"Cara terbaik nak simpan halia agar tak mengering, mengecut atau membusuk... tanam dalam sedikit tanah, selepas itu letak berhampiran tepi tingkap dapur.

"Apabila nak pakai, potong sedikit sahaja, setakat nak guna. Selebihnya biar di dalam tanah," kongsinya.

Malah dia menyatakan bahawa teknik simpanan itu sesuai untuk mereka yang memasak dalam kuantiti sedikit.

"Ni sesuai untuk yang masak sikit-sikit macam saya. Kalau yang jenis masak guna periuk besar tu, tak dapatlah," ujarnya.

Halia yang ditanam dalam tanah seperti itu juga boleh membiak dan bercambah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2025 11:47 PM | Show all posts
Kena cari pasu la plak nak tanam halia. Selalu saya potong2 je lepas tu frozen dalam freezer. nak guna nanti amek sekeping2 yang dh potong tu. Lagi mudah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.037722 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list