CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 934|Reply: 1

Doktor beri 5 kesan jika faraj terlalu lama ‘tidur’, wanita perlu ambil serius

[Copy link]
Post time 7-4-2025 12:31 PM | Show all posts |Read mode


MITOS dan salah faham berkaitan vagina atau faraj sering berlegar-legar dalam kalangan masyarakat  juga menerusi perkongsian di media sosial.

Salah satu daripadanya, ramai mempersoalkan tentang keanjalan alat sulit wanita termasuk kemungkinan ia menjadi sempit apabila jarang 'digunakan'.

Menjelaskan tentang situasi ini, pakar perubatan Dr Raihana Ismail berkata, terdapat lima perubahan yang boleh berlaku apabila vagina 'tidur' terlalu lama.

1. Dinding faraj boleh jadi kurang anjal

Tanpa rangsangan seksual yang kerap, aliran darah ke kawasan vagina boleh berkurang dan menyebabkan kolagen dan elastin dalam dinding faraj merosot.

2. Kelenjar pelincir boleh jadi kurang aktif

Ia akan menyebabkan kekeringan dan tidak selesa apabila anda ingin melakukan hubungan seksual.

3. Lantai pelvis jadi lemah

Apabila jarang 'digunakan', lantai pelvis akan menjadi lemah seterusnya berisiko mudah terkucil apabila bersin.

Aktiviti seksual menguatkan otot lantai pelvis yang penting untuk mengawal pundi kencing dan elak rahim jatuh.

4. Apabila pelincir berkurang, flora baik vagina berkurang

Ia memberi kesan kepada pH dan membuatkan anda berisiko dijangkiti yis atau bakteria vaginosis boleh meningkat.

5. Hormon estrogen akan menurun

Tanpa rangsangan seksual hormon estrogen dan testosteron mula menurun.

Akibatnya, keinginan seksual anda semakin pudar dan susah 'turn on' (terangsang).

Bagaimanapun, terdapat cara untuk menjaga vagina walaupun tanpa melakukan hubungan seksual.

Menurut Dr Raihana, senaman kegel dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis seterusnya mengelakkan masalah faraj longgar ataupun rahim jatuh. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2025 03:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.719810 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list