CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1393|Reply: 0

Segarkan nafas anda

[Copy link]
Post time 6-4-2025 03:29 PM | Show all posts |Read mode


Penghadaman dan nafas berbau saling berkait rapat. Proses penghadaman bermula di mulut, apabila enzim dalam air liur mula memecahkan partikel makanan.

Kemudian penghadaman diteruskan di perut iaitu makanan diproses menjadi partikel lebih kecil dan seterusnya ke usus kecil.

Menurut Pakar Perunding Am dan Pakar Bedah Kolorektal, Columbia Asia Hospital Bukit Jalil, Kuala Lumpur Dr Ruhi Fadzlyana Jailani, di dalam usus kecil, zat makanan diserap ke dalam salur darah, manakala serat yang tidak dihadam terus bergerak ke usus besar dan akhirnya dibuang sebagai najis.

"Jika proses penghadaman terganggu pada mana-mana peringkat, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam usus dan rongga mulut seterusnya menghasilkan nafas berbau.


"Nafas berbau boleh menjadi petanda masalah penghadaman yang tersembunyi. Apabila sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan masalah seperti refluks asid, sembelit atau pertumbuhan bakteria berlebihan dalam usus dan semuanya boleh menyumbang kepada halitosis," katanya.


Dr Ruhi berkata, tanda nafas berbau juga mungkin berkait dengan masalah penghadaman termasuk bau busuk yang berterusan walaupun kebersihan mulut dijaga dengan baik, disertai gejala lain seperti perut kembung atau ketidakselesaan perut dan sejarah masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit atau tabiat membuang air besar tidak tetap.

"Dehidrasi boleh mengganggu penghadaman dengan mengurangkan pengeluaran air liur menyebabkan mulut kering dan pembiakan bakteria penyebab bau. Dalam keadaan cukup hidrasi, air liur membantu membersihkan mulut daripada bakteria dan serpihan makanan, mencegah pengumpulan sebatian penyebab bau.

"Namun, apabila tubuh kekurangan air dan menghasilkan air liur yang sedikit, bakteria akan membiak dengan cepat pada lidah, gusi dan gigi. Bakteria ini mengurai zarah makanan dan mengeluarkan sebatian sulfur mudah meruap (VSC) seperti hidrogen sulfida dan metil merkaptan yang menyebabkan bau tidak menyenangkan pada nafas.





"Merokok juga mempunyai kesan buruk pada penghadaman. Merokok melemahkan sfinkter esofagus bawah yang boleh menyebabkan refluks asid. Ia juga mengurangkan pengeluaran air liur yang sering mengakibatkan nafas berbau," katanya.

Dr Ruhi juga menambah, tabiat pemakanan tertentu seperti pengambilan makanan manis atau diproses yang berlebihan, boleh mengganggu flora usus dan menyumbang kepada nafas berbau.

Selain itu, pengambilan makanan yang diketahui boleh menyebabkan gas atau kembung perut seperti susu, kafein dan minuman berkarbonat juga boleh menambahkan lagi masalah penghadaman dan nafas berbau.

Justeru, katanya, memahami kaitan antara penghadaman dan nafas berbau adalah penting untuk mengatasi halitosis dengan berkesan.

"Dengan mengenal pasti tanda nafas berbau berkaitan penghadaman, melakukan perubahan gaya hidup dan mendapatkan rawatan perubatan yang sesuai, individu berkaitan boleh memperbaiki kesihatan penghadaman serta bau nafas yang dialami.

"Ingat, menjaga sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja memberi manfaat kepada kesejahteraan keseluruhan, tetapi juga memastikan nafas segar dan meningkatkan keyakinan dalam interaksi sosial.

"Jika anda mengesyaki nafas berbau berkaitan dengan masalah penghadaman, penting untuk berjumpa dengan pakar penjagaan kesihatan. Mereka boleh menilai simptom anda, melakukan ujian diagnostik jika perlu dan mencadangkan rawatan yang sesuai," nasihat Dr Ruhi.

Beberapa masalah penghadaman biasa yang berkaitan dengan nafas berbau:


1. Refluks asid (GERD): Keadaan apabila asid perut mengalir balik ke dalam esofagus, menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan.

2. Akalasia: Keadaan yang menyebabkan penyempitan di bahagian hujung bawah esofagus, menghalang makanan daripada masuk ke perut.

3. Kanser esofagus atau perut

4. Gastroparesis: Keadaan perut lambat kosong yang boleh disebabkan pelbagai masalah perubatan seperti diabetes, penyakit Parkinson atau masalah neurologi lain.

5. Kesukaran menghadam makanan tertentu seperti bawang putih. -Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.179035 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list