|
View: 604|Reply: 1
|
Anak-anak protes, marah ibu warga emas nak kahwin lagi... Tergamak tak balik raya - “Nak pergi KK pun kena naik teksi”
[Copy link]
|
|
|
ORANG kata, jodoh itu tak mengenal usia.
Malah, ramai warga emas yang kematian pasangan berkahwin semula untuk menghilangkan kesunyian dalam meniti hari-hari senja.
Di platform X, seorang individu berkongsi kisah neneknya yang dipulaukan keluarga kerana meluahkan hasrat untuk kembali berumah tangga.“Arwah atuk meninggal tiga tahun lepas. Nenek buat keputusan untuk kahwin baru. Anak-anak semua tak setuju.
“Lepas tu semua pakat 'palau' nenek. Orang tua tu nak check up di Klinik Kesihatan pun kena naik teksi. Kau bayangkan.
“Ni masa raya anak dia tak jenguk pun. Ayah aku antara anak yang tak setuju,” tulis individu itu.
Dalam hantaran sama, individu itu berkata neneknya dibiarkan meraikan Aidilfitri sendirian sebagai tanda protes atas keputusannya.
"Sejak nenek nekad nak kahwin, ayah aku asyik marah nenek je. Semua benda tak puas hati.
“Padahal sebelum ini dia banyak bergantung pada nenek. Raya tahun ni pakcik dan makcik semua tak balik, tak berkumpul sebab kes nenek nak kahwin,” tulisnya lagi.
Menurut individu itu, dia sebagai cucu tidak menghalang perkahwinan neneknya, malah melihat ia sebagai satu keputusan yang baik.
“Kami sebagai cucu setuju je nenek nak kahwin. Sekurang-kurangnya ada orang jaga.
"Dah anak-anak abaikan, kerja nak pinjam duit tapi biarkan nenek duduk seorang diri."Kami sebagai cucu sedih tak dapat berkumpul,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut menyuarakan rasa simpati terhadap nenek individu itu kerana dihalang untuk berkahwin.
“Maaf cakap tapi anak-anak dia semua bodoh. Dah tak boleh jaga tapi tak bagi kahwin.
“Nenek nak peneman, nak pergi hospital, masjid atau beli barang sama-sama,” tulis beberapa netizen. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dek.. kalau nak orang teman jaga nenek, kau gajikan penjaga sudah..
kalau nenek kau kawin dengan orang muda tu ye la ada kederat..
ini kalau kawin sama laki tua, kau agak siapa jaga siapa?
nenek dah tua tu jangan susahkan dia nak kena jaga laki pulak..
kalau dah anak-anak tak boleh harap, kau cucu-cucu la tolong jaga walaupun bukan tugas korang..
or else, tengok ayat pertama i tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|