CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 890|Reply: 0

[SEJARAH] Colonel Sanders: Resipi ayam goreng ubah nasib lelaki tua

[Copy link]
Post time 5-4-2025 09:47 PM | Show all posts |Read mode


KALAU sebut sahaja Kentucky Fried Chicken (KFC), pasti ramai terbayang ayam goreng yang rangup dan enak. Namun, siapakah lelaki tua berjanggut putih yang membangunkan jenama restoran makanan segera itu?


Di sebalik senyuman mesra lelaki tua yang terpampang pada logo restoran, tersimpan kisah inspirasi seorang insan bernama Colonel Harland Sanders, pengasas KFC. Bermula sebagai perniagaan kecil, jenama itu kini berkembang pesat dan dikenali di seluruh dunia.




Kehidupan awal


Harland Sanders dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat. Beliau bukanlah lahir-lahir terus ‘dipeluk’ kekayaan, sebaliknya membesar dalam kehidupan penuh cabaran sama seperti orang lain yang berjuang untuk meneruskan hidup.


Selepas kehilangan bapanya pada usia 6 tahun, ibunya terpaksa bekerja keras dan Sanders bertanggungjawab menjaga adik-adiknya. Sejak usia muda, beliau sudah mula belajar memasak demi memastikan adik-adiknya tidak kelaparan setiap kali ibunya keluar bekerja.


Sanders menamatkan persekolahannya pada usia 16 tahun dan mula bekerja pelbagai jenis pekerjaan. Daripada pemandu tram, askar, jurujual insurans hingga ejen pemadam kebakaran, beliau cuba menggalas apa sahaja pekerjaan untuk menyara keluarganya.




Beliau pernah gagal dalam perniagaan, dipecat dari kerja malah kehilangan stesen minyaknya akibat kebakaran. Namun, kesemua kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha meningkat taraf hidup keluarganya.


Resipi ayam goreng legenda

Pada usia 40-an, Sanders mengusahakan sebuah stesen minyak di Corbin, Kentucky. Di situ, beliau mula memasak ayam goreng untuk pelanggan yang singgah sebagai tanda penghargaan.


Resipinya menggunakan 11 jenis herba dan rempah rahsia yang menjadikan ayam gorengnya berbeza daripada ayam goreng biasa. Disebabkan ayam gorengnya mendapat sambutan yang baik, Sanders membuat keputusan untuk membuka restoran kecil bersebelahan stesen minyaknya.


Namun, apabila lebuh raya baharu dibina, perniagaannya terjejas. Pada usia 65 tahun, ketika ramai orang sudah bersara, Sanders memilih untuk tidak berehat dan terus berusaha dengan lebih gigih.




Dengan pakaian seragam putih dan tali leher hitam, beliau mengelilingi seluruh negara dan mengetuk pintu restoran demi restoran untuk memperkenalkan resipinya.


Namun, usahanya berulang kali menemui kegagalan. Beliau ditolak lebih daripada 1,000 kali tetapi semangatnya yang tidak pernah luntur terus mendorong Sanders untuk bangkit dan mengejar kejayaan.


KFC mula terkenal di seluruh dunia

Akhirnya, usaha Sanders membuahkan hasil. Pada tahun 1952, sebuah restoran di Salt Lake City, Utah, bersetuju menggunakan resipinya secara francais. Di sinilah lahirnya jenama KFC.


Perniagaan ayam gorengnya berkembang pesat. Pada tahun 1964, ketika KFC sudah memiliki lebih 600 francais di Amerika Syarikat dan Kanada, Sanders menjual syarikatnya pada harga lebih RM9 juta pada ketika itu.


Namun, bagi mengekalkan identiti jenama yang dibinanya, Sanders kekal sebagai duta rasmi KFC. Wajah ikoniknya dengan pakaian seragam putih terus dikenang dan kekal sebagai simbol KFC di seluruh dunia hingga ke hari ini.




Pengajaran daripada kisah Colonel Sanders

Kisah Colonel Sanders bukan sekadar tentang ayam goreng, ia adalah kisah kecekalan, ketabahan dan semangat pantang menyerah. Bayangkan, beliau hanya meraih kejayaan besar ketika berusia 65 tahun iaitu usia kebanyakan orang sudah memilih untuk bersara dan berehat.


Daripada perjalanan hidup beliau, ada banyak pengajaran yang boleh kita renungkan. Sanders membuktikan bahawa kegagalan bukanlah penamat.


Beliau berulang kali jatuh dan gagal tetapi setiap kali tersungkur, Sanders bangkit semula dengan semangat yang lebih kuat. Baginya, kegagalan hanyalah batu loncatan ke arah kejayaan.


Usia juga bukan penghalang. Beliau membuktikan bahawa kejayaan tidak mengenal waktu. Sama ada muda atau tua, selagi ada keazaman dan usaha yang tidak berbelah bahagi, impian pasti mampu dicapai.




Apa yang lebih mengagumkan, Sanders yakin dengan keunikan resipinya. Ayam gorengnya mempunyai keunikan tersendiri. Rangup di luar, lembut dan berjus di dalam dengan rasa rempah yang memikat setiap gigitan.


Colonel Sanders menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Disember 1980, ketika berusia 90 tahun. Walaupun jasadnya sudah tiada, legasinya terus hidup dan berkembang. Hari ini, KFC mempunyai lebih 27,000 cawangan di lebih 150 negara, termasuk Malaysia. – RELEVAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:19 AM GMT+8 , Processed in 2.124080 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list