CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1009|Reply: 0

[SEJARAH] Tragedi Pahit Moradabad, Syawal berdarah angkara seekor babi

[Copy link]
Post time 5-4-2025 06:23 PM | Show all posts |Read mode


Moradabad, daerah yang terletak dalam wilayah Ultar Pradesh di utara India. Sejak dahulu, bandar yang diasaskan di bawah kerajaan Mughal sejak abad ke-16 ini sudah beberapa kali menjadi medan rusuhan agama antara penganut Hindu dan Islam.


Kali pertama berlaku pada tahun 1848, kemudian tahun 1872, tahun 1978 dan yang paling buruk berlaku pada tahun 1980.


Pemicu kepada tragedi ini bermula pada Julai 1980 apabila sekumpulan orang Islam menghalang majlis perkahwinan seorang perempuan Hindu kerana membuat bunyi yang amat bising berdekatan masjid mereka.


Rupa-rupanya ia tidak berakhir di situ. Pada pagi 13 Ogos 1980, puluhan ribu umat Islam Moradabad berkumpul di sebuah kawasan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Persekitarannya turut dikawal oleh pasukan keselamatan.


Entah bagaimana dan dari mana, tiba-tiba seekor babi masuk ke dalam kawasan umat Islam yang mahu menyempurnakan solat sunat raya. Golongan pemuda telah meminta bantuan polis yang berkawal untuk menghalau haiwan tersebut, tetapi permintaan mereka tidak dilayan.


Ia mengundang kepada pertikaman lidah sehingga polis mula memukul kumpulan pemuda tersebut. Insiden itu telah membangkitkan kemarahan orang Islam yang kemudian mula membaling batu ke arah polis.


Akibatnya, pihak polis melepaskan tembakan rawang yang meragut 400 nyawa. Keadaan yang sebelum itu tenang bertukar menjadi medan pertempuran. Kawasan itu bertukar merah, bermandikan darah. Mayat bergelimpangan dan ratusan orang cedera.






Orang Islam kemudian membuat demonstrasi ke balai polis menuntut keadilan. Ketegangan turut meragut nyawa seorang anggota polis yang kemudian membangkitkan kemarahan wakil Hindu.


Rusuhan semakin merebak apabila wakil pertubuhan orang Islam dan pertubuhan Hindu saling berbalah dan semakin banyak demonstrasi dilakukan. Ia hanya terhenti setelah pihak tentera mengawal bandar tersebut.


Namun, ia belum tamat. Pada bulan September, perayaan kaum Hindi pula telah disabotaj oleh orang Islam dan membawa kepada rusuhan yang mengakibatkan 14 nyawa melayang.


Walaupun kerajaan memutuskan umat Islam di bandar ini dan seorang pemimpin Kongres didakwa menjadi pencetus kepada rusuhan di pagi Aidilfitri itu, nasib mereka yang terkorban di pagi Syawal itu tetap tiada yang membela. Nyawa mereka bagai tiada harga, tidak ada sebarang pembelaan untuk mereka yang terkorban walaupun sudah lebih empat dekad tragedi itu berlaku.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.708354 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list