CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 795|Reply: 2

Lain betul akhlak anak orang susah datang beraya, siap bersihkan serdak biskut tumpah... Perbualan dua beradik buat tuan rumah sayu

[Copy link]
Post time 5-4-2025 03:50 PM | Show all posts |Read mode



ISU mengenai kanak-kanak generasi baharu yang didakwa semakin kurang adab ketika berhari raya hangat menjadi topik perbualan di media sosial.
Namun di sebalik kisah-kisah negatif yang dikongsi, seorang wanita mendedahkan dia menerima kehadiran dua kanak-kanak yang cukup berbeza sifat mereka.

Menurut pengguna TikTok itu, dua beradik tersebut merupakan murid sekolah rendah yang tinggi dengan adab serta budi pekerti.

"Datang dua budak lelaki beraya kat rumah. Seorang darjah dua, abangnya darjah enam. Sebab tak tahu nak cerita apa dengan budak, aku cakaplah, panas hari ni.

"Mereka datang jalan kaki. Yang adik darjah dua cakap tak panas, rumah kami rumah papan je," ujar wanita itu memulakan cerita.

Menurut wanita itu lagi, dia berasa sayu melihat dua kanak-kanak itu yang cukup tertib selepas menjamu selera di rumahnya.



"Apabila nak balik tu, mereka kemas... siap lap kesan tumpah dengan serdak kuih.

"Lepas tu abang dia cakap kat adik, ambil satu satu makan, jangan ambil banyak. Tak baik bazir makanan.

"Apabila nak balik tu, mereka kemas... siap lap kesan serdak kuih tumpah. Kemudian cakap terima kasih untuk makanan dan duit raya. Sendu pula hati aku," tulisnya lagi.

Sehingga kini hantaran yang dimuat naik wanita itu menerima lebih 80,000 tontonan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap dua beradik itu yang dianggap 'rare' pada zaman ini.

Malah kata netizen, kebanyakan kanak-kanak daripada keluarga susah sememangnya mempunyai budi pekerti tinggi. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2025 09:10 PM | Show all posts
kalau anak org susah.. yg kita mmg kenal parents nya.. aku mmg bg duit raya lebih.
raya ke 3 ari tu.. ada budak2 dari kampung nelayan dtg beraya dah tengahari.. mak suruh aku bg depa makan.. aku orderkan pizaa.. balik semua happy je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 04:55 PM | Show all posts
ada anak orang susah yang baik, sopan santun dek ajaran ibu ayah dia...

ada juga anak orang susah yang menyusah, jadi rempit, bohsia ikut laki sana sini balik malam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 07:49 AM GMT+8 , Processed in 1.525857 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list