|
View: 1206|Reply: 1
|
'Piza Beef Pepperoni' sentuhan orang bujang
[Copy link]
|
|
|
PIZA sememangnya mempunyai peminat tegar dan ia menjadi satu kepuasan apabila dapat membuatnya sendiri di rumah dengan meletakkan inti yang istimewa di atasnya.
Apatah lagi yang membuatnya adalah lelaki bujang pasti merasa puas kerana mampu memasak piza sendiri dan menikmati hidangan air tangan bersama rakan-rakan.
Berkongsi pengalaman membuat piza beef pepperoni, pelajar Muhammad Wabil Mubin Muhammad Nazrul berkata, dia menemui resipi membuat piza itu menerusi perkongsian pempengaruh masakan di media sosial.
"Pada awalnya saya hanya cuba-cuba sahaja kerana khuatir ia mungkin tidak menjadi apabila saya yang memasaknya. Namun, apabila mengikut langkah demi langkah, sebenarnya resipi itu menjadi.
"Perkara paling menarik ialah piza beef pepperoni yang menjadi kegemaran saya itu begitu mudah disediakan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk disiapkan," katanya.
Sebagai pelajar katanya, membuat piza sendiri sememangnya satu kepuasan kerana inti di atas piza itu boleh diletakkan mengikut kemahuan diri dan lebih menjimatkan berbanding membelinya.
Justeru, Muhammad Wabil berkongsi resipi untuk membuat piza beef pepperoni untuk hidangan seorang.
Bahan-Bahan:
1. Roti canai sejuk beku
2. Beef pepperoni
3. Pizza topping cheese.
4. Cendawan
5. Buah zaitun
6. Sos Pasta
Langkah-Langkah:
1. Ambil sekeping roti canai sejuk beku dan panaskan di dalam penggoreng kering ('air fryer') selama lima minit pada suhu 200 darjah Celsius.
2. Terbalikkan roti canai dan sapukan dua cawan sos pasta. Ratakan keseluruhan permukaan roti canai itu.
3. Taburkan keju piza sebanyak dua cawan atau mengikut cita rasa
4. Letakkan beef pepperoni, cendawan dan juga buah zaitun yang sudah dipotong nipis ke atas piza mengikut cita rasa.
5. Panaskan piza sekali lagi di dalam penggoreng kering selama lima minit pada suhu 200 darjah Celsius.
6. Boleh dihidangkan di atas pinggan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Looks so tempting...Hmm tapi kat rumah tak ada air fryer, induction cooker,pressure cooker dan segala alat termoden ittew huuh...
Semua di masak secara manual atas dapur yg bertungku 2 tiada 4 atau 6 tungku.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|