CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 640|Reply: 0

Enggan berendam air mata, ibu tunggal dua anak bangkit bina Suri, platform jana pendapatan untuk wanita senasib

[Copy link]
Post time 31-3-2025 07:29 PM | Show all posts |Read mode


MENJALANI kehidupan berstatus ibu tunggal bukanlah perkara mudah, apatah lagi perlu memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa secara serentak.


Mungkin secara zahir insan sekeliling memikirkan wanita itu kuat dek senyuman dipamerkan, namun tangisan dan raungan berselirat dalam hati hanya empunya diri tanggung sendirian.


Itulah dialami oleh Pengasas Suri Inspirasi (Suri), Salena Ahmad yang melalui fasa sukar selepas rumah tangga diibina tidak dapat diselamatkan pada 2014.


Mesra disapa Sally, wanita berusia 56 tahun ini sukar untuk menidakkan bahawa keperitan dilalui amat berat dari segi mental, fizikal dan emosi.


Namun, kekuatan untuk bangkit dalam diri demi melangkah lebih jauh jelas menunjukkan bahawa episod duka dialami bukanlah pengakhiran hidup.


Sally terus berjuang menyusun semula kehidupan bersama dua anak lelaki berusia 29 tahun kini sedang melanjutkan pengajian di menara gading dan seorang lagi berusia 13 tahun.


“Saya belajar supaya berhenti berasa kasihan pada diri sendiri dan berlapang dada menerima 'kesakitan'. Sebaik-baiknya fokus ke hadapan untuk terus maju.


“Oleh itu, dalam usaha mengubah nasib, saya tanam dalam diri bahawa saya mampu melakukan apa saja perubahan,” ceritanya kepada Majoriti yang penuh keazaman.




Produk kraf


Berbekalkan sifat enggan berputus asa, beliau menubuhkan Suri iaitu sebuah perusahaan sosial membantu memperkasakan golongan ibu kurang berkemampuan dengan menghasilkan produk buatan tangan menggunakan kain denim dikitar semula.


Perusahaan ditubuhkan pada 2016 itu tercetus ideal selepas Sally berhasrat untuk belajar menjahit. Dari situ, beliau menemui jalan dan arah tuju bagi kehidupan lebih positif


Pun demikian, sebelum menceburkan diri menjadi usahawan sosial, beliau terlebih dahulu mengusahakan perniagaan sendiri.


Bagaimanapun, terpaksa berdepan dengan gelombang pasang surut sehingga bisnes terpaksa ditutup. Pengalaman itu membuatkan beliau berasa putus asa untuk terus bertapak dalam dunia perniagaan.


“Apabila  jatuh at rock bottom, perniagaan terpaksa ditutup, saya hampir berputus asa. Rasa tidak boleh.


"Tetapi dorongan dan kekuatan dalam diri meniupkan semangat untuk saya meneruskan kehidupan demi kebahagiaan anak-anak.


“Motivasi paling besar untuk bangkit adalah anak bongsu,” luah anak kelahiran Klang, Selangor.





Lantas, beliau mengorak langkah menghasilkan produk baharu dalam rekaan moden dan terkini menggunakan material denim dikitar semula.


Pada masa sama, perusahaan Suri turut berperanan sebagai platform menyediakan peluang pekerjaan secara sambilan ataupun sepenuh masa dan kemahiran sampingan kepada para ibu tunggal.


Bangkit


Tutur Sally, pengalaman sebagai ibu tunggal selama 11 tahun beliau amat memahami kesulitan wanita senasibnya terutamanya untuk bangkit dan mengumpul kekuatan semula.


“Saya menganggap diri ini bertuah kerana mempunyai beberapa kemahiran ketika menjalankan perniagaan sendiri sebelum ini kerana bukan semua ibu tunggal mempunyai kepakaran sama.


“Ada antara mereka bergelar isteri antara 15 hingga 20 dan tidak pernah bekerja seumur hidup. Selepas bercerai atau kematian suami mereka tercari-cari arah. Saya amat memahami situasi tersebut,” jelasnya.


Berdasarkan pengamatannya juga sebahagian besar wanita hanya bergantung pada bayaran nafkah, sumbangan, dan zakat untuk meneruskan hidup.


Bagaimanapun, beliau gembira melihat sesetengah wanita masih mempunyai semangat dan bersedia mempelajari kemahiran baharu demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup.




Setakat ini, ibu-ibu tunggal yang bekerja di sini mampu menjana pendapatan purata antara RM700 hingga RM1,000 sebulan.


“Alhamdulillah, selepas sembilan tahun Suri membuka pula Suri Kilim Hub di KILIM Langkawi pada Februari tahun lepas.


“Kini seramai 100 ibu golongan B40, ibu tunggal dan suri rumah telah menjalani latihan di Suri,” terangnya.




Sebelum menutup bicara, Sally menitipkan, "Kepada para ibu tunggal di luar sana, kita kena berpijak di bumi yang nyata dan harus bangkit sendiri dari segi mental, fizikal dan emosi. Paling utama buang semua perasaan negatif.


“Insya-ALLAH, kita boleh bangkit sendiri tanpa perlu 'tongkat' daripada sesiapa. Anak-anak adalah sumber kekuatan utama dan DIA sentiasa bersama kita sepanjang masa.” — Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:02 PM GMT+8 , Processed in 1.736556 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list