|
View: 897|Reply: 2
|
Raya dah dekat, makcik tua check-in wad lagi! Jururawat dedah ada famili hantar ibu uzur ke hospital setiap kali Aidilfitri
[Copy link]
|
|
|
HARI Raya Aidilfitri biasanya disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan orang tersayang.
Namun, tidak semua dapat meraikannya dengan tenang terutamanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga sakit atau uzur.
Di TikTok, seorang jururawat lelaki turut berkongsi kisah wanita berusia yang akan dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad setiap tahun menjelang Aidilfitri.
Dakwa pemuda itu, situasi ini sudah berlarutan beberapa tahun walaupun wanita berkenaan sebenarnya tidaklah uzur seperti yang didakwa oleh ahli keluarganya.
"Ada satu keluarga ni, setiap tahun dekat waktu nak raya, akan ada booking admission atau elective admission dua ke tiga hari sebelum raya dengan reason burn out sebab dementia.
"Tapi makcik tu dengan kami macam biasa je. Tak adanya macam dalam reason dia admission dia tu," dakwa jururawat berkenaan.
Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu setakat ini meraih lebih 116,000 tontonan.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sedih serta kurang bersetuju dengan tindakan keluarga tersebut jika benar mereka bertindak seperti didakwa.
"Seriuslah ada orang boleh raya dengan tenang dan aman damai kalau ada keluarga dalam wad?
"Tak apalah, hari ni mereka hantar mak ayah. Mana tahu esok-esok, dia pula yang anak-anak hantar ke situ.
"Kesiannya makcik tu, dia pun nak raya," tulis beberapa netizen.
Namun, ada juga yang melihat tindakan keluarga itu dari sudut positif.
"Biarlah, anak-anak tu bagi penjagaan yang baik kan? Anak-anak pun nak raya dengan seronok.
"Normal benda macam ni. Lebih baik hantar masuk wad daripada hantar ke pasar.
"Siapa kita nak judge mereka? Kita tiada di tempat mereka," demikian antara komen netizen lain. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mak aku pernah jatuh dlm bilik. panggil ambulan dlm pkl 8mlm.
dh lpas x ray dlm pkl 11 pm tengok dah salin baju hospital..
mak pujuk2 doc nak balik rumah. tk nk warded.
doc comel pun kesian jd mlm tu jugek aku bawak mak balik dgn baju hospital. singgah mcD beli bubur..
dlm group whatsapp sedara semua tanya psl mak. jadi nya aku update gambor mak mkn bubur nasi dpn peti ais dgn baju hospital.. haaa terkejut semua org.. ingat aku culik mak balik rumah.
dah ler mak aku 80an.. kat hospital tu lagi byk virus.. baik bawak balik.
Alhamdulillah mak dh sihat.. ramadhan tahun ni cukup puasa sebulan.. tp siang tidur je lah lps solat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan normalisasikan perkara tak elok. Ingat mak ayah tu takde perasan ke? Saya doakan sesiapa yang buat begitu pada mak ayah dia akan terima musibah yang berganda2. Kalau emergency lain citer, tapi ni semata nak seronok beraya, takut menyusahkan. Apa punya hati lah anak2 macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|