CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 485|Reply: 0

Asam gumpal menu Ramadan pantai timur

[Copy link]
Post time 29-3-2025 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Asam gumpal, kuih yang terkenal dan sering dijual sebagai juadah berbuka puasa di negeri-negeri Pantai Timur, terutamanya di Terengganu.

Kuih itu termasuk dalam kategori pencuci mulut yang berasaskan santan, seperti bubur butir nangka dan bubur kacang, yang menjadi kegemaran ramai ketika Ramadan.

Keenakan asam gumpal terletak pada kombinasi sagu biji yang lembut dan kenyal dengan inti kacang hijau yang manis, disertai dengan kuah santan yang berlemak serta aroma halba dan daun pandan.

Tidak lokek ilmu dan sering berkongsi resipi serta tip menu kuih tradisional orang lama, SinarPlus sempat menemu bual Zalifah Yusoff, yang juga seorang peniaga di aplikasi TikTok.

Lebih dikenali sebagai Kak Pah Lopez di media sosial, beliau sudah berkongsi resipi di Facebook sejak 2018 lagi.


“Ketika pandemik COVID-19, saya berhenti seketika kerana tidak lagi berniaga.

“Anak-anak kemudian mencadangkan saya untuk kembali berkongsi resipi, tetapi dalam bentuk video di TikTok. Saya pada mulanya rasa ragu-ragu tetapi diyakinkan oleh anak-anak. Jadi, saya cuba,” katanya.

Air tangan

Bertanyakan tentang kuih sagupal atau asam gumpal, beliau mengenali kuih ini ketika menetap di Terengganu selama 15 tahun tetapi tidak pernah membuatnya.

Setelah mendengar keluhan rakan yang tidak berjaya membuat kuih ini kerana sagunya berderai, beliau mencuba nasib untuk mengubah resipi kuih itu dengan menggunakan teknik lain dan akhirnya berjaya.

“Saya hanya membantu menjualnya, bukan membuat sendiri. Bila saya cuba buat sendiri, saya olah dengan menambah sedikit tepung ubi supaya doh mudah dibentuk,” ujarnya.

Selain berkongsi resipi, Kak Pah juga turut menerima tempahan kuih-muih, tidak kira pada bulan puasa atau tidak.

“Selalunya saya akan buka tempahan dahulu. Kemudian saya akan buat sambil melakukan siaran langsung di TikTok. Ketika itu juga, saya akan berkongsi resipi dan teknik dalam pembuatan kuih tersebut,” jelas beliau.

Bercakap tentang perancangan masa depan, wanita berusia 58 tahun itu bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan makanannya.

“Jika ada rezeki, saya mahu mengusahakan pulut kuning, rendang dan wajik sirat secara lebih besar-besaran.

“Saya juga akan mula mengadakan jualan secara jelajah dikawasan sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Ini semua atas permintaan pengikut saya di media sosial yang ingin merasai air tangan saya,” tambah beliau. - Sinar Plus


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.658443 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list