CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 489|Reply: 0

Tiga anak muda bergabung buka kedai gunting rambut di Keramat, peserta projek rintis JWP, DBKL

[Copy link]
Post time 22-3-2025 05:06 PM | Show all posts |Read mode

LANGKAH tiga anak muda mengikut kelas kemahiran menggunting rambut membuahkan hasil selepas mereka membuka kedai menyediakan perkhidmatan tersebut di PA Seri Perlis 2, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Mohd Zulkifli Shamsudin, 26; Fitri Roslan, 28, dan Bharath Prakash, 21, adalah sebahagian daripada peserta projek perintis dinamakan Kedai Gunting Rambut Komuniti di bawah Puji@Wilayah oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Program Usaha Jaya Insan (PUJI) ditubuhkan untuk memperkasa golongan berpendapatan rendah dengan menyediakan latihan kemahiran dan peluang perniagaan.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen DBKL terhadap pemerkasaan komuniti, menyaksikan peserta terpilih menjalani latihan dalam pendidikan teknikal dan vokasional dalam menjalankan kedai gunting rambut.

Latihan yang bermula tahun lalu itu merangkumi sesi praktikal dan tambahan untuk peserta memperoleh kemahiran dan memiliki perniagaan.

Peserta dilatih dalam pengurusan kewangan, perkhidmatan pelanggan, piawaian kebersihan dan strategi pemasaran.

Ketiga-tiga usahwan muda terbabit sebelum itu menamatkan latihan selama dua bulan, menamatkan pengajian di kelas tertinggi mereka, dan diberi peluang menjalankan perniagaan mereka sendiri di kawasan perumahan terbabit.


“Saya bersyukur dengan peluang ini dan berharap dapat memanfaatkannya sebaik mungkin,” kata Mohd Zulkifli ketika ditemui di kedai itu.

“Saya menjana pendapatan kira-kira RM1,800 sebulan dan berharap dapat meningkatkan kemahiran saya.

"Waktu operasi kami adalah dari 10 pagi hingga 10 malam dan kami bekerja mengikut syif, jadi ia tidak terlalu membebankan," tambahnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang melancarkan inisiatif itu di rumah pangsa Kampung Datuk Keramat berkata, usaha itu direka untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah.

“Kami menawarkan mereka peluang melalui latihan dan memilih empat peserta terbaik untuk memulakan perniagaan kedai gunting rambut mereka sendiri.

“DBKL menawarkan unit kedai dengan sewa bulanan bersubsidi RM250, membolehkan usahawan menjalankan operasi perniagaan mereka secara bebas.

“Program itu melengkapkan peserta dengan kemahiran baharu, mewujudkan peluang untuK menjana pendapatan.

"Ini akhirnya meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga."


Dr Zaliha berkata, beliau berharap dapat mengembangkan lagi inisiatif itu.

“Kementerian dan DBKL berharap dapat membuka kedai gunting rambut komuniti di setiap kawasan parlimen di Kuala Lumpur,” katanya.

Rancangan juga sedang dibuat, tambahnya, untuk melatih wanita dalam dandanan rambut. — The Star/BAVANI M


Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 1.021985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list