CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1028|Reply: 0

Guna pencuci khas tak berhasil , pemilik rumah lega ‘designer’ kongsi tip berkesan cuci jubin

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:02 PM | Show all posts |Read mode

PERNAHKAH anda berdepan masalah permukaan jubin lantai tandas bertukar warna kuning selepas dicuci?

Jika ya, masalah itu bukan berpunca daripada kotoran degil  tetapi penggunaan bahan cucian yang salah semasa melakukan pembersihan.

Menurut pempengaruh Sarini Zainal, kebanyakan sabun pencuci tandas komersial mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan permukaan dan ketahanan jubin tandas.

Jelasnya, produk terbaik untuk membersihkan jubin adalah sabun pencuci pinggan, merujuk nasihat seorang pereka dalaman.

"Hari itu masa renovate tandas, pereka itu cakap elakkan guna pencuci tandas di pasaran khususnya stain remover sebab ia akan rosakkan lagi lantai dan menjadi cepat kuning serta berkulat.


"Produk terbaik untuk cuci lantai tandas adalah pencuci pinggan! Tak kisahlah jenama apa... semuanya boleh," katanya menerusi satu perkongsian di laman X.

Selepas mengikut saranan berkenaan, dia mengakui kaedah itu sangat efisien untuk menghilangkan kotoran degil selain harganya yang jauh lebih murah berbanding pencuci lain di pasaran.

"Sudahlah murah, wangi, tak bahaya pada kulit dan berkesan untuk semua permukaan jubin.

"Saya sudah lama cuba, memang puas hati! Menyesal berbelanja mahal-mahal sebelum ini," ujarnya.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:56 PM GMT+8 , Processed in 1.585313 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list