CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

Kadar inflasi diunjur kekal rendah sepanjang tahun ini - Penganalisis

[Copy link]
Post time 21-3-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: CIMB Investment Bank Bhd mengunjurkan kadar inflasi Malaysia akan mencapai purata 2.6 peratus pada 2025 susulan inflasi teras dijangka kekal rendah dalam beberapa bulan akan datang.

Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata memandangkan inflasi dijangka kekal rendah sepanjang tahun dan kekal dalam sasaran rasmi Kementerian Kewangan iaitu antara 2.0 hingga 3.5 peratus, hal ini menyokong penangguhan lanjutan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.

"Faktor utama yang perlu dipantau termasuk kesan limpahan daripada semakan gaji minimum baru-baru ini, peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), subsidi bersasar yang dirancang untuk RON95 pada pertengahan 2025 dan pelarasan tarif elektrik pada Julai," katanya.

Terdahulu hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan inflasi Malaysia meningkat pada kadar yang lebih perlahan iaitu 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan indeks berada pada 134.1 mata daripada 132.1 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, inflasi bulanan keseluruhan untuk Februari 2025 naik sebanyak 0.4 peratus berbanding Januari 2025, katanya.

Menurut CIMB Investment, walaupun terdapat peningkatan dalam inflasi bulanan, ia menjangkakan impaknya sekali sahaja, sama seperti semakan gaji minimum sebelum ini iaitu pada Mei 2022 apabila inflasi teras pada mulanya melonjak sebanyak 0.4 peratus sebelum stabil pada purata 0.3 peratus pada separuh kedua 2025.

"Petunjuk pada masa depan termasuk pertumbuhan gaji dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta aktiviti pengambilan pekerja (pertumbuhan pekerjaan), terus menunjukkan aliran sederhana.

"Ini menunjukkan inflasi teras dijangka kekal rendah dalam beberapa bulan akan datang," katanya.-BERNAMA


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:10 AM GMT+8 , Processed in 1.589404 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list