CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

Daun pokok kunyit berubah warna? Ini cara rawat supaya kembali menghijau dan subur

[Copy link]
Post time 20-3-2025 11:46 AM | Show all posts |Read mode

POKOK kunyit merupakan antara tumbuhan yang sering dijadikan tanaman halaman rumah kerana kegunaan dan manfaatnya.

Selain digunakan sebagai salah satu bahan penyedap masakan, pokok itu mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

Bagi yang tidak tahu, warna hijau terang pada daun pokok kunyit sebenarnya memberi petunjuk tentang kekayaan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Bagaiamanapun, hendak mengekalkan kehijauan daunnya bukanlah mudah kerana memerlukan penjagaan rapi dalam penanamannya.


Berikut adalah tip merawat daun kunyit supaya kembali hijau dan subur:

1. Alihkan pokok kunyit daripada tempat panas terik tetapi masih mendapat cahaya matahari.

2. Potong daun yang kekuningan dan kering supaya keluar daun baharu.

3. Siram dua kali sehari, daun boleh menjadi kering kerana kurang siraman.

4. Gemburkan tanah supaya jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.

5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh gunakan baja organik.

6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.

7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu dialih ke bekas yang lebih besar atau dituai.

8. Kunyit boleh dituai selepas sembilan bulan ditanam.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 07:00 PM GMT+8 , Processed in 1.098464 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list