CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23547|Reply: 0

Sarung dan hulu 'talian hayat' tampung anak belajar

[Copy link]
Post time 18-3-2025 06:30 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Terengganu: Hasil titik peluh berkecimpung dalam dunia pembuatan sarung dan hulu senjata tajam membolehkan Zulkfli Yusuf, 58, menanggung kos pengajian lima daripada tujuh anaknya di universiti.

Zulkifli yang lebih dikenali dengan panggilan Che El berkata, anak sulungnya Abbas Madani, 33, sebelum ini melanjutkan pengajian di Universiti Ulum di Yaman; anak kedua Nabilah, 32, pula menghabiskan pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurutnya, anak ketiga Rufaida, 30, bekas penuntut UiTM, manakala anak keempat Anasuha, 28, berjaya menghabiskan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

"Anak kelima Ahmad Muiz, 26, merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), anak keenam Lo'lo' Humairah, 21, kini menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas.

"Manakala anak bongsu ⁠Uswatun Hasanah, 16, masih bersekolah di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sulaiman Zainal Abidin (SMAASZA)," katanya.

Che El yang menetap di Kampung Ladang Titian, di sini, berkata hasil pendapatan menghasilkan sarung dan hulu senjata tajam digunakan untuk membiayai kesemua kos pengajian anak-anaknya.

Katanya, menjadi tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk memenuhi segala keperluan anak-anak sehingga kesemuanya menggapai kejayaan.

"Alhamdulillah, mereka (anak-anak) memilih jalan untuk belajar dan saya sebagai bapa memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka.

"Berbekalkan semangat untuk melihat kesemua anak-anak berjaya, saya meneruskan legasi membuat sarung dan hulu senjata tajam yang diwarisi daripada arwah bapa dan wang hasil jualan itu saya manfaatkan untuk pelajaran anak," katanya.

Menurutnya, selain melangsaikan yuran pengajian, anak-anak juga akan menghubunginya untuk mendapatkan wang saku dan sebagainya.

Katanya, dia bersyukur kerana dikurniakan rezeki berterusan dalam penghasilan sarung dan hulu keris hingga membolehkannya menanggung anak-anaknya ketika berada di universiti.

Che El berkata, permintaan terhadap hasil kerja tangan itu amat tinggi ditambah pula dengan kemudahan media sosial yang membolehkannya menjual produk secara atas talian dan konvensional.

"Setiap hari saya mampu menghasilkan lima hingga 10 hulu dan sarung senjata yang dijual serendah RM70 hingga RM80 dan bagi yang lebih berkualiti mampu mencecah ribuan ringgit.

"Tempahan pula datang dari seluruh negara dan tidak kurang juga pelancong asing yang datang ke bengkel untuk membeli sarung dan hulu yang saya hasilkan," katanya.

Menurutnya Che El, selain menghasilkan sarung dan hulu senjata dia juga adalah tenaga pengajar di bawah Program Seni Kraf Warisan, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

"Permintaan terhadap sarung dan hulu senjata tajam amat tinggi dan boleh dikatakan tidak menang tangan, namun si pembuatnya tidak begitu ramai.

"Namun, program di bawah YDSM ini mula menunjukkan perubahan apabila golongan muda sudah ramai yang meminati untuk berkecimpung dalam bidang pembuatan hulu dan sarung ini," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:49 AM GMT+8 , Processed in 1.129392 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list