CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31995|Reply: 1

Minuman mesra perut

[Copy link]
Post time 16-3-2025 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 16-3-2025 11:06 PM


Pengambilan minuman herba atau jus yang dapat melegakan perut digalakkan sebelum anda mengambil sajian berat.

Antara minuman herba dan sajian mesra perut ialah teh chamomile dan teh hijau.

Kebaikan dalam chamomile antaranya, dikenali dengan sifat antiradang yang kuat dan boleh membantu mengurangkan keradangan di perut.

Menurut National Center for Biotechnology Information, chamomile terkenal dengan kemampuannya meredakan ketegangan otot dan mengurangkan kekejangan.

Mulakan menikmati juadah berbuka puasa dengan minuman teh Chamomile terutama bagi yang kerap mengalami rasa senak dan kembung perut.

Ada juga sajian jus yang sesuai sebagai pembuka hidangan seperti jus aloe vera. Berikut dikongsikan resipi penyediaan minuman mesra perut.


1. Teh chamomile halia bersama lemon

Satu liter air (satu teko)

Dua beg teh chamomile herba (atau satu sudu teh daun longgar)

Satu sudu besar halia segar (dicincang)

Satu sudu kecil jintan manis

Sebiji lemon (pilihan)

Penyediaan

1. Didihkan air dalam cerek teh.

2. Letakkan uncang teh chamomile dalam teko (jika menggunakan teh daun longgar, masukkannya bersama bahan lain dalam Langkah

3. Letakkan halia segar dan jintan manis dalam penapis teh, kemudian letakkan di teko.

4. Tuangkan air mendidih dalam teko. Biarkan teh halia chamomile mendidih lima hingga 10 minit untuk rasa yang lebih kuat.

5. Keluarkan uncang teh dan penapis, perahkan hirisan lemon jika mahu dan sedia diminum.

2. Jus aloe vera

Enam batang aloe vera saiz besar

Satu sudu makan kapur sirih

Satu sudu teh garam

150 gram gula pasir

Dua helai daun pandan

Satu sudu makan biji selasih, rendam dalam air panas

Satu liter air

Ketulan ais

Penyediaan

1. Aloe vera dicuci kemudian kulitnya dibuang. Dapat isi atau jelinya dengan potongan berbentuk kiub.

2. Masukkan aloe vera tadi dalam bekas berisi air dan campurkan kapur sirih dan garam. Rendam selama sejam, kemudian ramas dan bersihkan hingga lendir hilang. Tos dan bilas sehingga bersih.

3. Panaskan air dalam periuk, masukkan gula dan daun pandan. Masukkan potongan aloe vera dan perahan jus limau kasturi. Masak hingga mendidih.

4. Angkat dan tuang dalam gelas, masukkan ketulan ais dan biji selasih.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2025 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Minum campurkan Lemon juice,garam Himalaya,madu,air suam pun bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 11:14 PM GMT+8 , Processed in 1.271865 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list