CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 45273|Reply: 0

Cabar diri anda, jom hayati keindahan panorama alam dari kabel wayar 400 meter di udara

[Copy link]
Post time 15-3-2025 06:02 PM | Show all posts |Read mode

SEJAK 2018, Adren X Park di bawah seliaan Rentas Adventures menyediakan pelbagai aktiviti lasak untuk pengunjung seperti berakit di sungai yang deras dan memandu kenderaan pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

Bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor, syarikat ini juga menyediakan aktiviti zip lining sepanjang 200 meter yang dibuka kepada umum pada 2019.

Zip lining ialah aktiviti rekreasi penuh aksi yang memerlukan pengguna menaiki kabel keluli pada tempat duduk pelindung atau tali pinggang di antara dua titik. Ia membolehkan pengguna menikmati pemandangan lembah yang menakjubkan.

Keseronokan terawang di udara menarik perhatian peminat sukan lasak sekali gus mendorong Arden X Park untuk membina zip line yang kedua sepanjang 400 meter berketinggian 15 meter dari permukaan tanah.

Mula dibuka kepada pengunjung pada Julai tahun lalu, aktiviti zip line sepanjang 400 meter itu membawa pengunjung merentasi Sungai Selangor dan kawasan hutan sekitar lokasi tersebut.


Menurut pengendali Adren X Park, Saiful Ridhwan, untuk menyertai aktiviti ini, pengunjung perlu menepati piawaian umur yang ditetapkan.

Untuk zip line sepanjang 200 meter, umur yang dibenarkan adalah empat tahun dan ke atas, manakala 400 meter pula dibuka kepada mereka berumur 13 tahun dan ke atas. Berat badan yang dibenarkan pula ialah 35 kilogram (kg) sehingga 100 kg sahaja.

Kepada pengunjung yang berhasrat melakukan aktiviti ini, Adren X Park akan menyediakan peralatan keselamatan kepada peserta seperti baju keselamatan abah-abah yang dilengkapi dua tali keselamatan untuk mengimbangi badan peserta selain topi keselamatan.

Tali keselamatan tersebut mampu mengimbangi beban sehingga 250 kg. Justeru, pengunjung tidak perlu khuatir keselamatan mereka semasa melakukan aktiviti ini.

Selain aktiviti ini, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti membawa kenderaan ATV melalui trek mencabar dan berakit di sungai yang deras.

Aktiviti ini dibuka kepada mereka yang berumur 13 tahun dan ke atas sahaja, manakala untuk aktiviti rakit dibuka kepada umur 10 tahun dan ke atas.

Bagi aktiviti ATV, pengunjung dapat memandu kenderaan tersebut sambil melalui trek yang mencabar sejauh 6 kilometer (km) antara dua hingga tiga jam.


Aktiviti rakit pula dilakukan antara tiga hingga empat jam sejauh 7 km. Bagi memaksimumkan pengalaman mencabar ini, kakitangan Arden X Park yang berpengalaman akan turut serta bersama peserta.

Mahu mengabadikan momen indah sepanjang beraktiviti? Usah khuatir, kerana Adren X Park memahami kehendak pengguna dengan menyediakan servis merakam foto dan video peserta.

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh kunjungi Arden X Park untuk mencuba aktiviti lasak sambil melihat keindahan alam. Adren X ParkYellow Cabin, Jalan 55, Kuala Kubu Bharu, Fraser, Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Rabu hingga Ahad, pukul 10 pagi hingga 6 petang

019-800 4674

Aktiviti Zipline Dewasa: RM50 untuk 200 meter dan 400 meter

Kanak-kanak: RM40 untuk 200 meter dan 400 meter

Tandem (Dewasa + Kanak-kanak): RM60

Gaya Superman: RM60

Skyhammock: RM80

Aktiviti Rakit: RM180

Aktiviti ATV: RM180 — Majoriti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:45 PM GMT+8 , Processed in 1.680604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list