CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 36821|Reply: 0

Cendol 'gedik' kekalkan resipi nenek

[Copy link]
Post time 14-3-2025 01:11 PM | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: Seakan tidak lengkap berbuka puasa jika tiada juadah cendol yang boleh dinikmati sama ada dengan air gula atau santan bersama gula melaka.

Bagi rakyat negeri ini, menu cendol sangat sinonim dengan Ramadan dan peminatnya bukan sahaja dari kalangan dewasa tapi juga kanak-kanak yang boleh memvariasikan cara menikmatinya.

Bagi pengusaha cendol dari Kampung Pak Simpol, Melor, di sini, Norhayati Daud, 41, penghasilan cendol meningkat dua kali ganda sepanjang Ramadan bagi memenuhi permintaan untuk jualan di bazar serta tempahan pelanggan.

"Pada hari biasa saya hanya gunakan 15 kilogram (kg) tepung beras setiap hari tapi sepanjang ia meningkat kepada 30kg yang mampu menghasilkan 500 bungkus cendol.

"Kerja memproses cendol dimulakan pada waktu malam dengan penyediaan bahan asas seperti mengisar daun pandan diikuti memasak adunan," katanya ketika ditemui di bengkel pembuatannya di sini, hari ini

Norhayati berkata, perusahaan cendol itu diwarisi dari neneknya, Asah Che Mat, 80, yang sudah membuat cendol sejak puluhan tahun lalu dan semenjak lima tahun lalu baru dia mengambil alih sepenuhnya.

Menurut Norhayati lagi, meskipun membesar dengan sering melihat proses pembuatan oleh neneknya namun pada peringkat awal untuk menghasilkan sendiri, dia gagal mengekalkan 'air tangan' neneknya itu.

"Rupanya apa yang dilihat tidak akan menjadi jika tidak dipraktikkan dan selama setahun juga percubaan dibuat sebelum cendol yang terhasil menjadi sama seperti nenek buat.

"Paling penting adalah mengekalkan struktur 'gedik' iaitu lembut dan tidak mudah patah sebab itu ah kami namakannya sebagai cendol gedik," katanya yang turut dibantu suaminya, Mohd Anuar Mohamad, 41.

Norhayati berkata, kelainan cendol yang dihasilkannya adalah tidak menggunakan pewarna untuk menjadikan cendol berwarna hijau seperti kebanyakan pengusaha lain sebaliknya memasukkan air kisaran daun cekur manis.

Selain itu, dia juga menghasilkan cendol dalam dua versi iaitu kosong dan disertakan bersama santan serta gula melaka bagi memudahkan pelanggan menikmati secara terus.

"Untuk yang kosong, ia dijual pada harga RM2 sebungkus manakala yang lengkap dengan santan serta gula melaka pula RM3 sebungkus dan kesemua cendol ini akan dihantar ke 15 bazar Ramadan serta pelanggan tetap," katanya yang juga mengambil tempahan katering cendol.


Sumber: BH Online

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.568687 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list