CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4673|Reply: 0

Salmi rindu berpuasa, iftar bersama keluarga di tanah air

[Copy link]
Post time 12-3-2025 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 12-3-2025 06:02 PM


SUASANA berpuasa dan pelbagai juadah berbuka di Malaysia, paling dirindui oleh pasangan suami isteri dan empat anak mereka yang kini merantau di Turin, Itali sejak dua tahun lalu.

Suri rumah, Salmi Awang, 41, berkata dia dan empat anak berusia tiga hingga 20 tahun, mengikut suaminya, Mahazar Haidor, 43, yang bekerja sebagai Pegawai Kewangan dan Logistik Bersepadu, Tim Projek Luar Negeri (T{LN Maritime Patrol Aircraft (MPA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Leonardo SPA.

Katanya, kemeriahan bazar Ramadan dan bertukar juadah berbuka amat dirindui ketika berada di bumi asing.

Salmi berkata dia menyediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur kerana tiada bazar Ramadan di negara Eropah itu, selain mudah peroleh bahan seperti ayam dan daging halal dan ada kedai runcit Asia.

"Juadah berbuka kami seperti hari biasa iaitu nasi dan lauk pauk, mi atau bihun goreng. Kuih seperti seri muka, tepung talam, popia, karipap pula memang buat sendiri kerana tiada pilihan.

"Kami sekeluarga rindu suasana berpuasa di tanah air yang mempunyai banyak pilihan makanan seperti murtabak dan pelbagai kuih-muih," katanya kepada BH.

Salmi yang berasal dari Pulau Pinang, berkata rutin Ramadan pula selepas berbuka solat Tarawih di rumah dan membaca al-Quran.

Katanya, sekali sekala dia dan keluarga turut menerima jemputan daripada rakan yang menetap di Itali.

"Di sini ada lima lagi keluarga dari Malaysia di bawah satu syarikat suami bekerja. Sepanjang Ramadan kami bergilir berbuka di kediaman masing-masing dengan cara 'potluck' dan selepas itu solat Tarawih berjemaah," katanya.

Namun katanya, paling dirindui sepanjang berada di luar negara itu adalah keluarga terutama ibu, mentua, adik-beradik dan saudara-mara kerana tanpa mereka suasana terasa lain.

"Ketika di tanah air kami kerap berbuka bersama di kedai atau restoran," katanya.



Beliau berkata, perbezaan paling ketara di Malaysia dan Itali adalah keadaan musim dan sudah dua tahun mereka berpuasa pada musim sejuk jadi bahang berpuasa itu tidak terlalu terasa.

Selain itu, katanya, tempoh berpuasa juga tidak berbeza dengan di Malaysia, iaitu antara 12 hingga 14 jam jadi tiada sebarang masalah untuk mereka sekeluarga.

Salmi berkata, di kawasan perumahannya terdapat komuniti Islam, masjid serta surau dan mereka sekeluarga kerap juga ke masjid berkenaan.

"Di sini ramai orang Islam dari negara seperti Arab Saudi, Turkiye, Maghribi dan Bangladesh.

"Jadi pilihan makanan juga kebanyakan dari negara mereka seperti kebab dan nasi beriani," katanya.

Berkenaan persiapan raya, Salmi berkata, seperti biasa dia menyediakan biskut raya, ketupat dan rendang, manakala baju raya pula sudah dibeli tahun lalu.

Katanya, dia dan keluarga akan beraya dengan lima keluarga dari Malaysia yang lain dengan sesi kunjung-mengunjungi ke rumah.

Salmi berkata, sambutan Aidilfitri biasanya jatuh pada hari persekolahan anak dan mereka akan minta cuti dan setakat ini memang pihak sekolah tidak keberatan.

"Bagaimanapun, tahun lalu sambutan Aidilfitri kami berbeza apabila mendapat jemputan daripada kedutaan Malaysia di Rom.

"Kami beraya di Rom bersama kedutaan dan rakyat Malaysia yang bermastautin di seluruh Itali.

"Dapatlah menyambut Aidilfitri dengan meriah bersama orang Malaysia dari pelbagai bangsa, termasuk India dan Cina selain turut meriah dengan pelbagai hidangan.

"Masa itu dapat juga hilangkan rindu dengan suasana Aidilfitri," katanya yang berharap Aidilfitri kali ini juga akan meriah bagi mengurangkan rasa rindu pada kampung halaman.

Salmi berkata, tahun lalu dia berpeluang pulang ke kampung ketika cuti sekolah dan dijangka akan pulang lagi dua tahun selepas suami tamat kontrak bekerja di negara itu.

Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:06 AM GMT+8 , Processed in 3.186922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list