CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10594|Reply: 0

Harga minyak sawit mentah dijangka kekal RM4,500-RM4,600 setan pada Mac

[Copy link]
Post time 11-3-2025 09:17 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Harga semerta minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal disokong paras semasa, diniagakan dalam julat RM4,500-RM4,600 setan bulan ini, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Katanya, bekalan minyak sawit kekal terhad pada Mac, dengan waktu kerja lebih singkat sepanjang bulan Ramadan, yang mungkin mengurangkan produktiviti pekerja.

"Kami menjangkakan eksport minyak sawit akan kekal lemah pada Mac berikutan catuan permintaan di tengah-tengah harga premium MSM berbanding pesaing minyak sayuran.

"Berdasarkan tinjauan terbaharu Intertek Testing Services (ITS), eksport minyak sawit pada 1-10 Mac, 2025 adalah 25 peratus lebih rendah bulan ke bulan berbanding 1-10 Feb, 2025," katanya dalam satu nota.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), stok minyak sawit terus merosot untuk bulan kelima berturut-turut sejak Oktober 2024, menyusut tujuh peratus bulan ke bulan kepada 1.51 juta tan bulan lepas.

Bagaimanapun, penurunan itu lebih rendah berbanding jangkaan tinjauan pasaran Bloomberg, yang menjangkakan paras inventori sebanyak 1.48-1.49 juta tan, disebabkan eksport yang lebih rendah sedikit berbanding jangkaan.

CGS International berkata inventori minyak sawit bulan ke bulan yang lebih rendah pada Februari 2025 didorong oleh penurunan empat peratus bulan ke bulan dalam pengeluaran MSM dan penurunan sebanyak 25 peratus bulan ke bulan dalam import MSM.

Walaupun jangkaan berterusan terhadap harga MSM adalah tinggi pada suku pertama 2025, CGS International masih mengekalkan pendirian berkecuali ke atas sektor minyak sawit.

"Kami menjangkakan MSM berpotensi melemah pada suku kedua, didorong oleh pemulihan pengeluaran minyak sawit (terutama dari Indonesia) dan peningkatan bekalan daripada pesaing iaitu minyak sayuran.

"Kami terus memilih SD Guthrie Bhd dan Hap Seng Plantation Holdings Bhd sebagai pilihan sektor utama kami," katanya.
-- BERNAMA


Sumber: Astro Awani

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:31 PM GMT+8 , Processed in 2.979364 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list