CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12489|Reply: 1

Sunway Resort Hotel sajikan bufet Ramadan bertemakan menu Arab

[Copy link]
Post time 10-3-2025 06:17 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Sunway Resort Hotel kembali menyajikan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa dengan menawarkan bufet Ramadan bertemakan 1,001 Arabian Nights di restoran terkenalnya iaitu Sunset Terrace.

Hidangan bufet ini dihiasi dengan pelbagai juadah antarabangsa dan hidangan tempatan yang disukai ramai dan pasti memenuhi selera setiap pengunjung.

Tema tahun ini menghidupkan semangat cerita rakyat Arab, memberikan pengunjung peluang untuk menikmati hidangan istimewa yang dipenuhi rasa eksotik dan tradisi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, antara menu utama yang bakal menjadi pilihan pengunjung adalah nasi Timur Tengah yang disajikan bersama daging dan sayur-sayuran, Ayam Fatteh yang terdiri daripada campuran ayam cincang, pita rangup, yogurt berkrim dan kacang berempah, serta nasi campuran lobak Parsi dan nasi campuran Turki.


“Untuk lebih merasai keajaiban dunia Arab, tetamu dijemput menikmati hidangan mewah seperti Kambing Utuh Panggang yang lazat dan Maqluba yang beraroma selain pelbagai menu bergrill serta digabungkan dengan sajian makanan laut segar serta pelbagai salad.

“Menu yang menarik perhatian adalah Putu Bambu yang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan dan Qatayef, makanan istimewa dari Timur Tengah,” katanya.

Bersempena  semangat Ramadan, pihak hotel juga membawa pengunjung merasai pengalaman istimewa yang diilhamkan oleh kegembiraan dan kisah-kisah abadi dari Arabian Nights yang mana, tetamu boleh menikmati hidangan yang dihidangkan dalam suasana yang mengingatkan kepada istana Arab, lengkap dengan aroma makanan yang menyelerakan.


Selain itu, mereka turut dihidangkan dengan aktiviti bertema, hiasan yang rumit, serta pilihan hadiah mewah, menjadikan pengalaman berbuka puasa lebih bermakna.

Sunway Resort Hotel juga menambahkan elemen penceritaan yang mempesonakan, di mana seorang pencerita akan membawa tetamu melalui kisah-kisah klasik seperti pengembaraan Aladdin dan pelayaran lagenda Sinbad. -KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2025 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.124915 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list