CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3417|Reply: 0

[Lain-Lain] Filem animasi China 'Ne Zha 2' raih kutipan hampir RM9 bilion tewaskan Disney

[Copy link]
Post time 8-3-2025 05:17 PM | Show all posts |Read mode

DUNIA perfileman antarabangsa digemparkan dengan kehadiran sebuah filem sekuel animasi China berjudul Ne Zha 2 yang berjaya meraih kutipan lebih AS$2 bilion (RM8.9 bilion) dari serata dunia.

Kejayaan itu sekali gus mengatasi pencapaian filem animasi terbitan Disney, Inside Out 2 yang sebelum ini memegang status filem animasi pecah panggung sepanjang zaman di Hollywood.

Lebih membanggakan, Ne Zha 2 mencatat sejarah sebagai filem bukan Hollywood pertama yang memperoleh kutipan mencecah angka bilion dolar Amerika Syarikat (AS).

Meskipun populariti dan promosi filem itu tidak sehebat naskhah antarabangsa lain, reputasinya yang hadir sebagai filem terbitan negara Asia nyata memberi kejutan besar buat pengkarya AS.

Diarahkan oleh pengarah tersohor Yang Yu atau lebih dikenali sebagai Jiaozi, naskhahnya kini menduduki tangga ketujuh dalam carta filem box office di belakang Avengers: Infinity War (2018), lapor Agensi.

Berkonsepkan kisah fantasi mitos China, elemen visual memukau yang diperkuasa paparan 3D membuatkan filem tersebut berjaya mengatasi karya Disney lain.


Menampilkan lebih 2,000 tangkapan kesan khas dari 138 buah studio animasi, usaha kerjasama ditampilkan membuktikan tahap kreativiti China berada di tahap berbeza.

Pengarah Institut Filem, Televisyen dan Teater Universiti Peking, China, Chen Xuguang menganggap pencapaian diraih filem tersebut merupakan rekod yang mustahil untuk diatasi mana-mana syarikat produksi.

"Ne Zha 2 bukan sahaja meningkatkan semangat dan keyakinan pembikin filem China, malah menarik penonton untukkembali ke panggung wayang selain daripada medium hiburan lain," katanya.

Sementara itu, pencapaian luar biasa turut tercipta di benua Amerika Utara yang berjaya mengutip AS$18 juta (RM80 juta) selepas tiga minggu tayangan sejak pertengahan Januari lalu.

Sekali gus menjadikan ia sebagai filem berbahasa China pertama dengan kutipan tertinggi di rantau tersebut sejak 2006.

Jiaozi menerusi satu kenyataan berkata, kejayaan filem tersebut tercetus daripada keghairahannya dalam menghasilkan filem global terbaik mengatasi pengkarya asing.

"Langkah pertama ialah mencipta sesuatu yang saya suka dan penonton domestik juga menyukainya.

"Dari masa ke masa, saya telah berusaha untuk memperbaikinya dan memperhalusi kreativiti saya.

"Saya percaya bahawa satu hari nanti, idea-idea baharu dengan makna yang lebih mendalam akan muncul daripadanya dan seluruh dunia akan dapat menghargainya," katanya.

Kejayaan Ne Zha 2 turut mendorong kenaikan industri perfileman China selepas mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus pada 2024 berbanding 2023. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 2.512307 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list