CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17843|Reply: 0

OPR dijangka kekal 3.0 peratus – Ahli ekonomi

[Copy link]
Post time 6-3-2025 02:06 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, dalam persekitaran kadar faedah yang stabil, kata ahli ekonomi.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata persekitaran kadar faedah yang stabil menyokong ekonomi untuk berkembang dengan memberikan perniagaan dan pengguna kepastian yang lebih dalam merancang kewangan dan mengakses kredit.

"Kos pinjaman yang stabil mengekalkan pelaburan modal, mengurangkan turun naik yang berlebihan dalam pembayaran hutang isi rumah, dan memastikan keseimbangan optimum antara pertumbuhan dan kawalan inflasi," katanya kepada Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid juga menjangka MPC akan mengekalkan kadar OPR tanpa sebarang perubahan.

Beliau berkata keputusan itu mungkin akan berdasarkan kepada jangkaan pelarasan dasar untuk subsidi bahan api, khususnya harga petrol RON95 yang dijangka direalisasikan pada pertengahan tahun.

"Kami percaya BNM mungkin mahu menilai dinamik inflasi untuk menentukan sama ada pendirian monetari semasa dapat mengekalkan jangkaan inflasi dengan berkesan.

"Pada masa yang sama, pertumbuhan berisiko untuk menurun masih wujud, terutamanya memandangkan sifat gangguan pentadbiran Donald Trump yang berpotensi melemahkan pertumbuhan global," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, mengekalkan OPR akan membantu menyokong pertumbuhan ekonomi sambil mengawal risiko inflasi.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.093711 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list