View: 31778|Reply: 1999
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: THERE IS A KIND OF BEAUTY IN IMPERFECTION
[Copy link]
|
|
SELAMAT DATANG KE RUMAH BORAK SELATAN: THERE IS A KIND OF BEAUTY IN IMPERFECTION
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 19-2-2025 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 19-2-2025 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jemput masuk semuaaaa |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 19-2-2025 09:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Goodnite uolls, jumpa esok |
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 19-2-2025 09:58 PM
@yangsemb @amiraira @Tinot7 @telracs @nona84 @nuki12
Check In Rumah Baru Lagi!
Tqqqq TTTT BigBoss jemput n tag Nini  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tashu replied at 19-2-2025 09:58 PM
@yangsemb @amiraira @Tinot7 @telracs @nona84 @nuki12
Tengkiu
Check in... |
|
|
|
|
|
|
|
JDT kaut RM6.2 juta di ACLE setakat ini

Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Pohang Steelers untuk mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sahaja mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik dengan penuh bergaya apabila menewaskan Pohang Steelers 5-2 malah turut menambah RM1.3 juta lagi dalam 'kantung' mereka. Kejayaan menumpaskan wakil Korea Selatan itu membolehkan skuad Harimau Selatan meraih RM444,000 sebagai hadiah kemenangan dan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati menyaksikan mereka mendapat ganjaran sebanyak RM889,000. Secara keseluruhan selepas JDT menamatkan saingan ACLE musim ini di tangga keempat, skuad bimbingan Hector Bidoglio itu sebenarnya sudah menghimpun wang ganjaran bernilai RM6.2 juta. Pada awal kempen, mereka sudahpun menerima RM3.5 juta selepas layak menyertai saingan tertinggi bola sepak Asia itu dan setiap kemenangan di peringkat kumpulan membolehkan mereka mendapat wang ganjaran sebanyak RM444,000.
Mereka menghimpun empat kemenangan daripada lapan perlawanan - menjadikan RM1.7 juta dikutip susulan kemenangan ke atas Shanghai Shenhua, Ulsan HD, Central Coast Mariners dan juga kemenangan terbaru ke atas Pohang Steelers. Jumlah ini tidak termasuk subsidi perjalanan sebanyak RM222,000 yang diberikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kepada semua pasukan yang bertanding. Sebagai rekod, ini kali kedua JDT mara ke pusingan kalah mati pertandingan itu dengan kali pertama adalah pada musim 2022 namun mereka dibelasah wakil Jepun, Urawa Red Diamonds 5-0 sekali gus meleburkan impian mereka ke suku akhir. Pada aksi pusingan 16 terbaik nanti, mereka akan berentap kembali dengan kelab Korea Selatan, Gwangju FC yang sebelum ini pernah menewaskan mereka 3-1 pada aksi peringkat kumpulan. Mereka berpeluang menambah lagi wang 'besar' sebanyak RM1.7 juta sekiranya layak ke suku akhir dan RM2.6 juta jika meneruskan kemaraan sehingga ke separuh akhir. Juara ACLE pula bakal menerima RM44 juta sementara naib juara pula membawa pulang RM17 juta.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/02/1363455/jdt-kaut-rm62-juta-di-acle-setakat-ini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tang Jie-Ee Wei sasar kejuaraan Masters Orleans kedua

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mensasarkan untuk merampas kembali gelaran Masters Orleans.
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menegaskan penyertaan mereka di Masters Orleans bukan sekadar medan persiapan bagi menghadapi Seluruh England, sebaliknya bertekad untuk merampas kembali kejuaraan dimenangi mereka di kejohanan itu dua tahun lalu. Masters Orleans yang bertaraf Super 300 menjadi kejohanan istimewa buat pasangan ranking keempat dunia itu apabila ia menjadi gelaran pertama yang dimenangi mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF. Selepas muncul juara pada tahun 2023, Tang Jie-Ee Wei tidak menyertai edisi tahun lalu bagi memberi tumpuan kepada kejohanan tahap lebih tinggi dalam pemburuan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024. "Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membuat persiapan ke Seluruh England. Masters Orleans memberikan kenangan manis buat kami kerana kami menang gelaran pertama Jelajah Dunia BWF di sana.
"Jadi, kami harap boleh ulanginya sekali lagi kali ini," kata Tang Jie. Sekiranya berjaya merangkul gelaran di Masters Orleans, ia akan menjadi gelaran sulung mereka musim ini selepas pencapaian terbaik mereka setakat ini adalah melangkah ke separuh akhir Terbuka Malaysia dan Terbuka India, bulan lalu. Masters Orleans dijadualkan berlangsung di Perancis pada 4 hingga 9 Mac ini, hanya seminggu sebelum kejohanan Seluruh England (11 hingga 16 Mac) bermula yang bakal menjadi medan pertarungan utama bintang-bintang badminton dunia. Mengenai cabaran di Seluruh England, Tang Jie berharap dapat memberikan persembahan yang lebih baik tahun ini selepas masih belum berjaya menjejakkan kaki sekurang-kurangnya ke suku akhir sejak membuat penampilan sulung pada kejohanan badminton tertua dunia itu pada tahun 2023.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/02/1363340/tang-jie-ee-wei-sasar-kejuaraan-masters-orleans-kedua
|
|
|
|
|
|
|
|
Sivasangari kini di ranking ketujuh dunia

Ratu skuasy negara, S Sivasangari melonjak ke ranking ketujuh dunia. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, S Sivasangari semakin bermotivasi tinggi selepas melonjak ke ranking ketujuh dunia, pencapaian tertinggi dalam kariernya setakat ini. Dalam kemas kini terbaru ranking Persatuan Skuasy Profesional (PSA), Sivasangari naik satu anak tangga dari kedudukan kelapan sebelumnya. Pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah yang berusia 26 tahun itu, menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjuarai Piala Cincinnati Gaynor 2025, awal bulan ini. Dalam kejohanan itu, dia berjaya menewaskan pemain nombor empat dunia, Olivia Weaver dari Amerika Syarikat (AS) di separuh akhir sebelum mengatasi Amanda Sobhy juga dari AS di pentas final untuk merekodkan gelaran pertamanya musim ini.
Mengulas mengenai kedudukan ranking terbarunya itu, Sivasangari berkata ia melonjakkan lagi semangatnya untuk menghasilkan keputusan cemerlang dalam kejohanan disertainya selepas ini. "Saya gembira kerana berjaya mencapai ranking tertinggi saya setakat ini, semua kerja keras telah membuahkan hasil. Saya berharap dapat terus memperbaiki kedudukan ranking dan melakukan yang lebih baik," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/02/1363344/sivasangari-kini-di-ranking-ketujuh-dunia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nurul Izzah Izzati sedia gegar ACC 2025

Bintang berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bersedia untuk memulakan cabaran pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
SEREMBAN: Bintang berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bersedia untuk memulakan cabaran pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional, Nilai, Sabtu ini. Selepas dinobatkan selaku juara acara pecut pada Siri Satu Piala Presiden 2025, bulan lalu, pelumba berusia 22 tahun itu sudah menetapkan sasaran peribadinya sendiri dalam penyertaan keempatnya pada kejohanan berprestij itu. "Saya akan mengambil bahagian dalam empat acara pada ACC kali ini dan mahukan pingat dalam kesemua acara berkenaan. "Walaupun cabaran dalam setiap perlumbaan berbeza dan sukar dijangka, saya mahukan kejohanan edisi kali ini menjadi medan untuk mencipta kecemerlangan.
"Kejayaan meraih dua pingat emas pada edisi yang lalu di New Delhi, akan saya jadikan azimat bagi meneruskan momentum kecemerlangan apa lagi ia beraksi di laman sendiri," kata Nurul Izzah ketika dihubungi hari ini. Nurul Izzah mengakui dia tidak berasa sebarang tekanan dalam dirinya dengan lontaran keyakinan diluahkan oleh ketua jurulatih trek berbasikal kebangsaan, Harnizam Basri, bahawa dia menjadi antara taruhan utama pasukan negara untuk meraih pingat. Malah, dia memaklumkan bahawa persiapannya sudah mencecah 100 peratus daripada segi fizikal dan mental dan kini fokus diberikan hanya untuk perlumbaan. "Persiapan latihan berjalan lancar dan saya bersama pelumba lain dalam keadaan yang baik. Kini hanya tunggu hari perlumbaan. "Saya akan lakukan yang terbaik dalam setiap perlumbaan dan mahu menamatkan perlumbaan itu nanti dengan kemenangan," katanya yang bersedia berdepan dengan semua pelumba terbaik termasuk pencabar utama dari Jepun, China dan Korea Selatan. Untuk rekod, pelumba berasal dari Kedah itu mencipta sensasi apabila menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas dalam acara keirin dan 500 meter ujian masa di ACC 2024 di New Delhi, India. Nurul Izzah Izzati adalah antara sandaran utama pasukan negara untuk meraih pingat pada ACC 2025 terutama dalam keirin, pecut, sprint dan ujian masa. Pelumba yang beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 ini dilihat berpotensi untuk mendominasi kategori wanita pada kejohanan yang membabitkan penyertaan lebih 300 pelumba bertaraf dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/02/1363408/nurul-izzah-izzati-sedia-gegar-acc-2025
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerusi CEO MFL kembali kosong

Penyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi didakwa tidak lagi bersama badan pengendali liga itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kembali kosong hanya selepas lima bulan apabila penyandangnya, Giorgio Pompili Rossi didakwa tidak lagi bersama badan pengendali liga itu. Meskipun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada MFL, sumber mengesahkan bahawa pejabat Rossi sudahpun kosong bermula semalam. Sumber menjelaskan buat masa ini, tiada pihak yang tampil untuk menjelaskan situasi itu sama ada Rossi melepaskan jawatannnya ataupun beliau dipecat. "Rossi sudah tidak bersama MFL lagi. Saya tak boleh beritahu sama ada dipecat atau letak jawatan. Pejabatnya juga sudah kosong," kata sumber.
Sebagai rekod, Rossi dilantik sebagai CEO MFL sejak September tahun lalu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Stuart Ramalingam. Beliau bukanlah individu yang asing dalam arena bola sepak Malaysia memandangkan beliau pernah menjadi wakil La Liga Global Network Malaysia sebelum ini. Karier Rossi di Malaysia bermula selaku Delegasi LaLiga pada tahun 2017 sehingga 2021 apabila beliau membawa peranan penting dalam membangunkan jenama liga Sepanyol. Sementara itu, usaha BH Sukan mendapatkan pengesahan dari Rossi tidak berjaya selepas beliau tidak membalas pesanan menerusi Whatsappnya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/02/1363451/kerusi-ceo-mfl-kembali-kosong
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syafinaz takut melihat 'trend' penyanyi terjerit-jerit

Syafinaz menyuarakan kebimbangan terhadqp 'trend' menarik vokal tinggi hingga terpaksa menjerit seperti yang sering dilakukan kebanyakan penyanyi. - NSTP/Rohanis Shukri
KUALA LUMPUR: Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menyuarakan kebimbangan terhadqp 'trend' menarik vokal tinggi hingga terpaksa menjerit seperti yang sering dilakukan kebanyakan penyanyi hari ini. Menurut Syafinaz, keghairahan mereka berbuat demikian semata-mata mahu memuaskan hati peminat boleh menyebabkan seseorang penyanyi berdepan risiko kehilangam suara. "Sejujurnya, saya sangat takut melihat mereka menyanyi dalam nada tinggi sampai terjerit-jerit. "Saya perhatikan, semakin ramai penonton bersorak dan memberi 'standing ovation', semakin seronok mereka menyanyi hingga memaksa diri untuk menjerit.
"Suara adalah aset buat penyanyi dan jika ia rosak atau hilang, memang tak boleh nak cari ganti," katanya ditemui pada sidang media Konsert Classical Treasures yang diadakan, di sini, semalam. Konsert berkenaan bakal berlangsung pada 5 April depan bertempat di pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Syafinaz mengulas keghairahan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 menarik vokal tinggi secara keterlaluan demi untuk memenangi hati penonton termasuk memburu trofi Vokal Terbaik. Sebagai pendidik, penyanyi yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu itu turut memperbetulkan salah faham orang ramai yang menganggap menyanyi dalam nada tinggi membuatkan seseorang penyanyi nampak lebih bagus dari penyanyi lain. "Setiap penyanyi ada julat suara tersendiri. Ketinggian nada suara pula berbeza-beza. "Mungkin tahap ketinggian suara penyanyi A tak sama dengan penyanyi B, tapi kedua-duanya masih boleh menyanyi dalam nada tinggi "Tak salah menyanyi dalam nada tinggi, tapi kena ada nilai seni. "Tapi kebanyakannya tak nampak nilai seni. Kadang-kadang yang menjerit suara tak sampai pun," ujar juri tetap Gegar Vaganza musin kesebelas (GV11) ini.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363252/syafinaz-takut-melihat-trend-penyanyi-terjerit-jerit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nana gementar bakal berduet dengan Udit Narayan

Nana tidak menyangka diberi kepercayaan berpadu suara bersama idolanya, Udit Narayan sejak kecil.
KUALA LUMPUR: Penyanyi jolokan Raja Melodi Bollywood, Udit Narayan, 69, kembali menggegarkan menerusi Konsert A Lovely Night With Udit Narayan di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 26 April depan. Menariknya, konsert mega anjuran LR Asia dan Filloz International itu buat julung kali menggabungkan penyanyi Malaysia, Siti Nordiana atau Nana beraksi sepentas bersama pemilik suara buluh perindu itu. Jika awal tahun lalu, penyanyi yang sering meminjamkan suara untuk filem fenomena lakonan bintang Bollywood, antaranya Amitabh Bachchan, Datuk Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan dan Hrithik Roshan itu menghiburkan ribuan peminat di Kuala Lumpur, kali ini Pulau Mutiara jadi pilihannya. Kemunculan Udit bukan sahaja akan menghiburkan peminat setia, malah bakal mengembalikan semula nostalgia terhadap zaman kegemilangan perfileman Bollywood sepanjang zaman.
Siti Nordiana berkata, dia tidak menyangka bakal berpadu suara bersama idolanya sejak kecil. "Ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Saya anggap ini sebagai peluang keemasan. "Saya fikir hanya diberi peluang tampil dalam persembahan pembukaan, tetapi saya juga diberi peluang berduet dengan penyanyi legenda ini," katanya. Pun begitu, Siti Nordiana berkata, dia akan melakukan persiapan rapi untuk berganding dengan Udit. "Bila tahu berduet, dalam teruja ada juga perasaan gementar. Beliau penyanyi legenda Bollywood yang memiliki vokal luar biasa biarpun sudah berusia. "Ada juga kerisauan, namun saya akan berusaha menampilkan persembahan terbaik," ujarnya. Menerusi konsert ini nanti, pengacara Dee Jangan Ketawa dan penyanyi lain seperti Mamuji, Nadya Fharshah dan Ar Wanz turut diundang sebagai artis pembukaan. Sepanjang kerjaya lebih lima dekad, Udit sudah menyanyikan lebih 25,000 lagu dalam lebih 36 bahasa sehingga berjaya mendapat perhatian 22.3 juta pendengar di Spotify dan memenangi pelbagai anugerah.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363199/nana-gementar-bakal-berduet-dengan-udit-narayan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isteri hamil, itu berita palsu - Redza

Redza tidak akan merahsiakan berita baik jika benar isterinya, Bella Hanna berbadan dua. - NSTP/Ahmad Ukasyah
KUALA LUMPUR: Pelakon Redza Rosli menafikan dakwaan isterinya, Bella Hanna sedang hamil seperti menjadi bualan ramai ketika ini. Menyifatkan berita itu adalah palsu, Redza atau nama sebenarnya, Ahmad Redza Rosli, 33, memaklumkan dia tidak akan merahsiakan berita baik jika benar isterinya sedang berbadan dua. "Itu semua berita palsu. Memang saya ada nampak berita ini tersebar, tapi tidak benar. "Saya hanya mampu mengaminkan doa kerana kami memang nak zuriat.
"Saya akan kongsi berita jika isteri betul-betul sedang hamil. Cukuplah perkahwinan dirahsiakan, tahu-tahu dapat kad jemputan sahaja. "Apabila sudah sampai masa, saya akan berkongsi kepada umum," katanya ketika ditemui pada sesi bersama media di lokasi penggambaran drama bersiri, Dendam Seorang Madu, di sini, hari ini.
edza menambah, dia dan Bella tidak pernah merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Sebaliknya, katanya, dia menyerahkan soal zuriat kepada rezeki dan takdir. "Apa yang saya nampak keserasian antara saya dan isteri adalah kami suka buat perkara yang spontan. "Contohnya, kalau nak pergi bercuti, kami tak suka nak merancang. "Begitu juga dalam soal anak, kalau sudah ada rezeki Allah, kami tak menolak. Terima sahaja rezeki yang ditakdirkan," jelasnya. Terdahulu, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun tahun lalu.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1363295/isteri-hamil-itu-berita-palsu-redza
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|