CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8151|Reply: 0

[Sarawak] Hentikan politik dangkal kerana ia sentimen yang sangat memecahbelahkan

[Copy link]
Post time 19-2-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol (gambar) mahu politik dangkal dihentikan kerana ia sentimen yang sangat memecahbelahkan.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak meragui kebijaksanaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memimpin Kabinet dan mengurus Sarawak, khususnya mengenai pelantikan anggota Kabinetnya.

“Ia jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Sarawak di bawah Perkara 6(3)(b), bahawa pelantikan dalam Kabinet Sarawak adalah hak prerogatif Premier sebagai pemimpin utama kepimpinan politik yang mentadbir Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdullah menambah: "Kebijaksanaan Premier dalam membuat keputusan tidak perlu diragui apabila Sarawak ditadbir dan diurus dengan begitu baik."

Menurutnya Kabinet Negeri pimpinan Abang Johari telah membuat banyak keputusan bijak yang meletakkan kedudukan ekonomi Sarawak begitu selesa dan banyak sumbangan kepada kebajikan masyarakat telah diperkenalkan.

“Mereka yang memainkan isu ini mahu memecahbelahkan keharmonian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan cuba menjejaskan integriti gabungan GPS," tegasnya.

Beliau berkata sejak merdeka, kepimpinan GPS yang progresif telah berjaya meletakkan Sarawak sebagai wilayah paling maju dengan kestabilan politik dan perpaduan kaum terbaik di Malaysia.

Abdullah memberitahu sejak akhir-akhir ini, banyak serangan ke atas Sarawak yang berniat jahat dan bernada hasad dengki semata-mata untuk melemahkan kekuatan serta keberanian kepimpinan GPS.

"Rumah mereka sendiri huru-hara tetapi mereka sibuk mengkritik suasana rumah kita yang semakin cantik dan damai," ujarnya.

Menurut Abdullah konvensyen PBB baru-baru ini adalah 'perkara peribadi' untuk keluarga PBB yang semakin bersatu dan kukuh.

Suasana mengurus parti yang hanya melibatkan urusan sesama ahli parti tidak sama dengan mentadbir negeri yang melibatkan kepentingan dan kebajikan sebilangan besar rakyat, tambahnya.

“Jika ada yang mempersoalkan kedudukan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam Kabinet hanya kerana beliau tidak dipilih sebagai Naib Presiden PBB, maka kedudukan saya juga harus dipersoalkan.

"Ini kerana dalam pemilihan ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) saya berada di kedudukan keenam dan ada empat orang yang dipilih di atas saya dengan jumlah undi yang lebih baik,” katanya merujuk kepada pemilihan PBB yang baru selesai hujung minggu lalu.

Abdul Karim kini merupakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.
Beliau telah disingkirkan daripada barisan naib presiden PBB dalam pemilihan yang diadakan di BCCK Sabtu lalu.

Abdullah menegaskan: "Kami masih wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. Bagaimana pula dengan jawatan lima senator yang menjadi menteri dalam kabinet persekutuan yang bukan wakil rakyat?

"Seperti yang ditunjukkan dalam perhimpunan ini, kami dalam PBB terus berdiri teguh di belakang pemimpin kami yang bijak mengurus ekonomi dan berani mempertahankan hak serta kepentingan Sarawak," katanya.

Menurut Abdullah majoriti rakyat Sarawak tidak berminat dengan permainan sentimen politik dangkal sebaliknya mahukan pemimpin yang mampu membawa hasil kerja pembangunan Sarawak khususnya di kawasan pedalaman serta menyalurkan pelbagai bantuan kebajikan masyarakat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064287 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list