CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3334|Reply: 0

[Sabah] Ibu bapa disaran beri kerjasama program PIBG

[Copy link]
Post time 19-2-2025 04:26 PM | Show all posts |Read mode


PENYERAHAN: Rina ketika menyerahkan bantuan BAP kepada murid tahun satu SK Kukusan Tawau.

TAWAU: Ibu bapa disaran lebih proaktif dalam menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah bagi memastikan perkembangan akademik dan sahsiah murid dapat ditingkatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Haji Jainal berkata penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dilihat mampu memberi impak besar terhadap motivasi dan disiplin murid.

Katanya, ibu bapa perlu menghadiri setiap program termasuklah mesyuarat PIBG bagi memberi cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan sistem pendidikan di sekolah masing-masing.

“Kita tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik kepada guru kerana peranan membentuk sikap positif anak-anak perlu turut dimainkan oleh ibu bapa di rumah.

“Saya yakin murid yang ibu bapanya aktif dalam kegiatan sekolah biasanya menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan berdisiplin,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di SK Kukusan, di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi PIBG, Sukardi Mahsuri.

Mengulas lanjut, katanya, PIBG juga perlu lebih proaktif dalam melaksanakan program-program yang bermanfaat supaya dapat membantu menaikkan nama sekolah.

“Justeru, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada PIBG SK Kukusan bagi membantu melancarkan setiap program yang dilaksanakan,” katanya.


PENGHARGAAN: Rina menerima cendera kenangan daripada pihak sekolah.

Sementara itu, mengulas mengenai agihan BAP ini, Rina berkata bantuan kerajaan ini sangat bertepatan bagi meringankan beban ibu bapa untuk membeli peralatan sekolah anak mereka.

Katanya, bantuan tunai sebanyak RM150 ini menunjukkan keprihatinan kerajaan membantu ibu bapa dalam menyediakan pendidikan anak-anak dari tahun satu hingga tingkatan enam.

“Saya difahamkan agihan bantuan ini sudah bermula sejak musim cuti sekolah lepas lagi dan hari ini giliran seramai 56 orang murid tahun satu SK Kukusan pula yang menerimanya.

“Kerajaan negeri juga tidak ketinggalan memberikan banyak bantuan sara hidup terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.

“Bantuan daripada kerajaan Persekutuan dan negeri ini diharap semua ibu bapa dapat menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka dengan selengkapnya,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.237133 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list