CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27263|Reply: 0

[Sarawak] Penerangan PM mengenai aktiviti PETRONAS, PETROS di Sarawak adalah ‘muktamad’: Premier

[Copy link]
Post time 18-2-2025 03:00 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari pada sidang media selepas melancarkan SKAS Peringkat negeri di Serian, hari ini.

SERIAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai aktiviti petroleum antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) di Sarawak pada Isnin adalah 'muktamad'.

"Ia muktamad. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi petang ini. Tunggu lok (tunggu dulu). Sabar, sabar," katanya pada sidang media selepas melancarkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Peringkat negeri di sebuah hotel di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim ketika memberi penerangan aktiviti petroleum di Sarawak (PETROS dan PETRONAS) di Dewan Rakyat berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memperakui aspirasi Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di negeri ini.

Beliau berkata hasrat itu dipaparkan menerusi Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO) dan berkuat kuasa pada 1 Mac, 2025.

“DGO dibaca sekali dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), maka Petros (Petroleum Sarawak Bhd) berperanan sebagai agregator di Sarawak," katanya.

Perdana Menteri menambah peranan tersebut tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada PETRONAS dan anak-anak syarikat.

Ini bermakna PETRONAS akan mengekalkan semua perjanjian (contractual obligations) domestik dan antarabangsa yang sedia ada.

Menurutnya lagi, PETROS di bawah DGO dijamin memperolehi gas asli sehingga 1.2 billion kaki padu sehari untuk keperluan domestik Sarawak dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya.

"PETROS juga berwewenang meluaskan kegiatan yang baru dan memanfaatkan kerjasama dengan PETRONAS.

"PETRONAS dan PETROS akan bergerak sederap sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan negeri Sarawak," ujar Perdana Menteri.

Beliau menambah segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip komersial secara telus.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.188576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list