CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29745|Reply: 8

[Lain-Lain] MOST BEAUTIFUL GIRL IN THE WORLD (REZA RAHADIAN)

[Copy link]
Post time 16-2-2025 10:34 PM | Show all posts |Read mode







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2025 11:06 PM | Show all posts
Citer movie ni berkisah pasal Seorang playboy mengadakan pertunjukan temu janji untuk mendapatkan warisannya dengan memenuhi hasrat terakhir bapanya: agar anaknya berkahwin dengan gadis paling cantik di dunia... Bagi peminat Reza maybe minat tengok... Iols rasa citer ni kemas dan ringan je but masih ade benda dan caracter desisions yang kurang logic... but production design dan pemililihan set memang best...  Peminat romance ringan maybe senang tengok movie ni...

Tengok dekat flixpatrol movie ni masuk top 10 dekat beberapa negara macam Greece, Indonesia , Kenya, Malaysia, Philippins, Poland, Portugal, Romania, Spain , Taiwan dan Venezuella...

Another upcoming Indo movie dekat 2025 di netflix juga sudah didedahkan...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2025 11:21 PM | Show all posts
Jika minat citer dari novelist Habiburrahman El Shirazy macam citer Ayat-Ayar Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih maybe minat citer Setetes Embun Cinta Niyala... Setetes Embun Cinta Niyala ialah novel Indonesia 2005 yang ditulis oleh novelis Habiburrahman El Shirazy... Novel ini mengisahkan liku-liku hidup seorang wanita solehah bernama Niyala yang memperjuangkan kebahagiaan dalam hidupnya untuk mendapatkan suami yang saleh...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2025 11:40 PM | Show all posts
Beberapa tahun lepas novel lain dari Habiburrahman El Shirazy bertajuk bidadari bermata bening juga diangkat menjadi siris dekat Viu...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2025 11:52 PM | Show all posts
Peminat filem Horror juga boleh senang sebab ade filem Kimo Stamboel dekat Netflix... Netflix merekrut pengarah Kimo Stamboel untuk filem baharu bertajuk Abadi Nan Jaya... Filem ni ialah filem zombi... Filem ini akan mengikuti kisah sebuah keluarga yang memiliki perniagaan perubatan herba terkenal dan tinggal di sebuah kampung terpencil dekat Yogyakarta... Pemilik syarikat cuba berinovasi dengan mencipta ubat herba baharu, tetapi sebaliknya ia akhirnya mencetuskan wabak zombi di kawasannya...

Kimo Stamboel selaku pengarah berkata, filem Abadi Nan Jaya bakal membawakan sebuah cerita yang menggabungkan pelbagai unsur budaya tempatan, seperti perubatan herba dan dinamik hubungan kekeluargaan, dengan unsur zombi...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2025 12:08 AM | Show all posts
Filem Losmen Bu Broto nak jidadikan mini series dekat netflix... Filem Losmen Bu Broto(2021) ialah sebuah filem dengan plot yang menggambarkan dinamika keluarga yang penuh dengan drama yang mempunyai perniagaan penginapan tulen... Kini Paragon Pictures dengan kerjasama Netflix, akan membawakan kembali drama keluarga Bu Broto dalam versi mini siri, dengan masalah dan plot cerita baharu...

Penerbit Robert Ronny mendedahkan cerita pada siris akan mengetengahkan kehidupan anak-anak Bu Broto... Dalam klip yang dikongsikan Netflix, Baskara Mahendra dikatakan telah jatuh cinta dengan seorang wanita berusia lakonan Wulan Guritno... Iols rasa Wulan Guritno banyak melakonkan watak yang suka dengan pria yang lagi muda... Dekat filem Norma, Wulan juga berlakon sebagai mertua yang suka dengan menantunya...








Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2025 12:32 AM | Show all posts
Peminat dari filem Ali dan Ratu Ratu Queens juga patut bersenang... Filem ni nak punya spin-of siris bertajuk Ratu Ratu Queens : The Series... Kisah ini akan memberi tumpuan kepada permulaan pertemuan empat wanita yang menampung Ali... Pelakon watak Ali, Iqbaal Ramadhan juga ade filem yang sedang tayang dekat pawagam Msia bertajuk Perayaan Mati Rasa... Movie ni banyak peminat juga, if Iols tak silap filem ni dah mendapat kutipan 1 Mio RM dekat pawagam Msia... Filem Perayaan Mari Rasa juga banyak peminat dekat Indo, meskipun banyak review negatif pasal movie ni dekat youtube, jumlah penonton filem ni dah tembus lebih dari 1 Mio viewer bersama filem Sakatupo (Satu Kakak 7 Ponakan)...
Senang kedua filem yang sama-sama mengangkat tema pasal mental healt issue ni meletop... harap banyak yang lagi aware pasal benda ni...







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2025 12:53 AM | Show all posts
Filem yang bertemakan tema mental health issue juga nak ade juga dekat netflix... filem ni bertajuk A Normal Woman... A Normal Woman m mempersembahkan drama emosi tentang identiti, kesihatan mental, dan jangkaan sosial dalam kehidupan wanita... Filem ini diarahkan oleh pengarah Lucky Kuswandi (pengarah Ali dan Ratu Ratu Queens dan Ratu Ratu Queens: The series) dan dibintangi oleh Marissa Anita, Dion Wiyoko, dan Gisella Anastasia... Tahun lepas filem Marisaa Anita juga berlakon dekat filem bertajuk Crocodile Tears yang mengangkat mental health issue juga... Filem ni belum tayang dekat pawagam, but dah tayang dekat Toronto International Filem Festival (TIFF) dan JAFF19 tahun lepas...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2025 01:21 AM | Show all posts
Peminat aniamasi juga tak ketinggalan... Salah satu platform penstriman terkemuka di Indonesia, Vidio, baru-baru ini mengumumkan pelancaran siri animasi My Stupid Boss, The Animated Series yang dijadualkan disiarkan pada 2025...

Siri ini merupakan adaptasi daripada filem komedi yang meraih kejayaan besar di layar lebar, dibintangi oleh pelakon terkenal di Indo dan Msia... Animation ni diarahkan oleh Daryl Wilson... Reza Rahadian,Bunga Citra Lestari, Chew Kin Wah, Bront Palarae, Atikah Suhaime dan  Iskandar Zulkarnain akan kembali menyuarakan watak mereka, memberikan rasa nostalgia buat peminat setia filem asal... My Stupid Boss, The Animated Series akan mempunyai 13 episod yang dijangka sesuai untuk ditonton semua peringkat umur, dengan humor yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa... Baharu ade poster pasal animation ni, belum ade teaser or trailer lagi... But yang nak tengok filem asal, filem My Stupid Boss dah available dekat Netflix...







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.567823 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list