CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 0

Lembaga OpenAI tolak tawaran AS$97.4 bilion daripada Musk

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Ilustrasi menunjukkan logo OpenAI and ChatGPT. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Pembuat ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.

Tawaran terbuka itu adalah cubaan terkini Musk untuk menyekat syarikat pemula yang diasaskan bersama Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman tetapi kemudian ditinggalkannya, daripada menjadi syarikat berorientasikan keuntungan.

OpenAI kini berusaha untuk mendapatkan lebih banyak modal untuk kekal mendahului persaingan dalam industri kecerdasan buatan (AI).

"OpenAI bukan untuk dijual, dan ahli lembaga pengarah dengan sebulat suara menolak cubaan terbaru Musk untuk mengganggu saingannya.

"Sebarang penstrukturan semula OpenAI akan mengukuhkan lagi pendirian sebagai institusi bukan berasaskan keuntungan kami ini.

"Misinya kami adalah untuk memastikan AI memberi manfaat kepada manusia di seluruh dunia secara umum," kata OpenAI di X, memetik Pengerusinya, Bret Taylor, bagi pihak lembaga pengarah syarikat itu.

Selasa lalu, Altman memberitahu laman berita Axios bahawa OpenAI bukan untuk dijual. Beliau telah menolak tawaran itu pada Isnin dengan mengatakan 'tidak, terima kasih' di X, mendorong Musk untuk membalas dengan panggilan 'penipu'.

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman (kiri) dan pemilik syarikat pemula AI, xAI, Elon Musk (kanan). - Foto AFP

Konsortium diterajui Musk itu termasuk syarikat pemula AI, xAI miliknya, akan menarik balik bidaanya untuk cabang bukan berasaskan keuntungan OpenAI sekiranya ia membatalkan rancangan untuk menjadi entiti berorientasikan keuntungan, kata peguam bilionair itu dalam dokumen difailkan di mahkamah Rabu lalu.

"Dua hari lalu, anda memfailkan permohonan di mahkamah untuk menambah syarat baharu kepada cadangan terbabit.

"Hasil pemfailan itu, kini jelas bahawa 'tawaran' yang dicanangkan oleh pelanggan anda sebenarnya bukanlah tawaran sama sekali," kata lembaga OpenAI, menurut surat yang ditandatangani oleh peguam mewakili syarikat tersebut, William Savitt, yang dihantar kepada peguam Musk, Marc Toberof, semalam.

Pelabur lain dalam konsortium itu termasuk Valor Equity Partners, Baron Capital dan broker Hollywood, Ari Emanuel. Altman dan Musk telah bertelagah selama bertahun-tahun.

Selepas pengunduran Musk pada 2019, OpenAI menubuhkan cabang berorientasikan keuntungan yang menarik pelaburan dana berbilion dolar, mendorong Musk untuk mendakwa bahawa syarikat pemula itu melanggar misi asalnya dengan mengutamakan keuntungan berbanding kepentingan awam yang lebih besar.

Musk menyaman Altman, OpenAI, dan penyokong terbesarnya, Microsoft pada Ogos tahun lalu atas dakwaan pelanggaran kontrak.

Pada November lalu, Musk meminta hakim daerah meluluskan injunksi awal untuk menyekat OpenAI daripada berpindah kepada struktur berorientasikan keuntungan. - REUTERS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.898686 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list