CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 574|Reply: 0

Pengamal ruqyah jalan kerap kemalangan, berhantu

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Eko ketika meruqyah jalan berkenaan.- Agensi

LAMPUNG - Sepasukan pengamal ruqyah syar'iyah Tanjung Sari, Lampung Selatan, pada Selasa lalu menjalankan aktiviti ruqyah di jalan raya yang dipercayai berhantu dan sering berlaku kemalangan.

Media tempatan melaporkan, kegiatan itu dilakukan di sepanjang Jalan Nasional Ir Sutami, di kecamatan Tanjung Bintang dan Tanjung Sari.

Salah seorang pengamal ruqyah, Eko Warsiyanto berkata, pihaknya sering melakukan ruqyah di lokasi yang dianggap orang ramai mempunyai aura mistik dan di laluan jalan yang sering berlaku kemalangan.

"Jalan yang diruqyah ini baru-baru ini mengalami dua kemalangan yang mengakibatkan seorang mangsa meninggal dunia.

"Operasi ini bertujuan mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Kami cuba mengambil bahagian dengan cara kami yang tersendiri supaya kejadian serupa dapat diminimumkan," katanya kepada wartawan pada Rabu.

Bukan itu sahaja, Eko menekankan kepentingan mendidik orang ramai supaya sentiasa membaca doa sebelum bermusafir demi keselamatan semasa dalam perjalanan.

“Kita juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tertib semasa memandu di jalan raya, demi keselamatan bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu tambah Eko, tabiat orang ramai membunyikan hon atau memberi isyarat apabila melalui tempat yang dianggap berhantu sebenarnya tiada asas dalam ajaran Islam.

Tegasnya, dalam Islam dianjurkan membaca doa atau bismillah apabila melalui tempat yang dianggap mempunyai aura negatif. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.055069 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list